Wanita yang diredai Allah.

 

Wanita yang diredhai dalam Al Quran.

https://www.youtube.com/watch?v=CYIQtEq2cDA


Al Quran memang memaparkan tokoh hitam dan tokoh putih.
Al Quran yang ada pada tangan kita sekarang.
114 surah.
Kalau kita himpunkan semua cerita,
¼ ianya adalah kisah orang terdahulu.


jadi 600+ muka surat, ¼ bermakna, 150 muka surat. 

 

Banyak kisah masa lampau dalam Al Quran.
Semua cerita dalam Al Quran.
Apa jua ceria dalam Al Quran, cerita orang baik atau jahat, lelaki atau wanita, mesti Allah akan paparkan cerita itu ada kaitan dengan salah satu dari tiga golongan ini.

Asiah.
Maryam, kakak Musa.

Yukabid.
Balqis.

Hannah – ibu kepda Maryam
Maryam ibu nabi Isa.

1. Tiga golongan ini telah disebut dalam ayat terakhir – surah al fatihah.



 Wanita-wanita yang Allah kurniakan kepada mereka nikmat iman.

Ada juga wanita yang sama ada Maghdubi alaihim atau waladhhollin.

Surah Al fatihah ini 7 yang berulang.
7 intipati perkara teras dalam surah al fatihah .

Yang terakhir – kisah kisah orang terdahulu.

 

2. Apakah maksud Ahsanal Qosos?

Surah Yusof ayat 3

Apakah makna sebaik baik kisah?

Cerita dalam Quran adalah kisah terbaik untuk kita dan anak cucu kita.
Kita boleh beri banyak buku cerita, tetapi yang paling terbaik adalah kisah dari Al Quran.

Kenapa cerita Al Quran adalah cerita terbaik?

1. Ianya disampaikan oleh Allah sendiri.
dalam dunia sejarah, perkara yang paling dihadapi oleh mereka ialah dokumen tu tak sampai.

Allah hidup semasa Hawa menikmati Hawa dan Adam di syurga.
Allah hidup semasa nabi Musa.
Allah hidup semasa asiah.

Allah rekodkan dalam Al Quran.

2. Seni kebenaran itu disampaikan. Allah bukan sekadar memaparkan dalam kebenaran, tapi Allah paparkan dalam ayat yang menyentuh hati dan perasaan.

Kebanyakkan cerita yang Allah paparkan, Allah gunakan unsur dialog.


Contoh : yukabid dan kakak Musa.

Kenapa Allah banyak gunakan dialog?

Contoh : Kisah Balqis.
“Wahai menteri menteri semua, bagaimana kita nak hadapi surat ini?”

 

Kata Ulama, dialog menghidupkan cerita.
Cerita itu kalau naratif ianya akan mati.

 

Dialog ini Allah paparkan seakan akan ianya rakaman suara itu dan kita nilai sendiri apa yg dalam hatinya.

Contoh :

Kakak Musa berdepan dengan Firaun dan Asiah.

“Tuanku, boleh tak saya tawarakan satu nursery untuk anak itu..”


3. Allah bila memaparkan kisah orang terdahulu, Allah akan bicarakan juga tentang masa depan. Dalam cerita orang terdahulu juga, ada cerita anda.


Contoh kisah Musa, Ibu Yukabid mula-mula yakin untuk letak Musa atas sungai. Lama-kelamaan dia jadi stress dan mahu beritahu kepada semua orang masalah yg dia hadapi.

Lalu allah kata, mujurlah Allah ikat hatinya dengan iman agar Yukabid tak cerita dengan orang.


Setiap ayat Quran, macam cermin. Reflek kepada diri sendiri.
Allah paparkan cerita seorang wanita yang sedang gundah gulana kerana anak yg pergi, Allah tahu wanita pada masa akan datang akan lalui perkara seperti ini.

Sebab tu Allah tak sebut yukabid. Allah hanya sebut Ibu Musa.

Bila Allah tak sebut nama, antara hikmahnya, ialah supaya anda masuk dalam cerita itu. Ibu Musa bermakna ibu ibu lain akan terasa dengan ayat itu.

Al Quran bukan buku sejarah.
Al Quran gunakan sejarah untuk tegur kita.

Bila Allah paparkan sesuatau dari masa lampau, Allah nak beritahu kisah ini akan berulang.

Akan ada wanita yang bergelar ibu, akan rasai perasaan ibu Musa.

3 Sebab kisah Al Quran kisah terbaik :
3B – Benar – Berkesan – Berulang.


 

Hammalatal khotob – mengapi-apikan orang.



3. Apakah maksud ibrah?

Jambatan itu menjalankan fungsi ibrah.

Menyeberang sungai dengan jambatan – perbuatan ini disebut ibrah.

 

Apa yang memisahkan kita dengan balqis?

Masa dan tempat.

 

4. Apa makna Ulil Albab?

orang yg guna akal untuk berfikir lalu pemikirannya telah cetuskan perasaan dalam hati *Lubb*.

Sekularisma datang memisahkan antara sains dan emosi.


Sebab tu ada orang jadi saintis tetapi tidak menemui tuhan.
Ada orang berjumpa tuhan tetapi tidak hormati sains.


Intelectual process perlu dilalui – agar kita dapat memahami setiap lafaz.

Tanyakan dua ayat ini kepada diri :
1. Mengapa lafaz ini Allah pilih?
2. Mengapa Allah beri ayat ini untuk aku?

 

3 Wanita di sebalik Musa alaihissalam.

Ibu Musa
Kakak Musa
Isteri Firaun


Kata Sya’rawi, saintis meyakini Musa berdepan dengan Firaun yang sama membesarkan dirinya.

Firaun inilah yang paling sukar ditumbangkan.
Firaun inilah yang paling berkuasa dalam sejarah firaun mesir.
Tetapi Quran tak sebut ramses II.

Quran sebut Firaun kenapa?

firaun telah mati, tetapi kefiraunan belum berhenti.

 

Makna Al ‘Alamin – tengok perkataan Al A’lamin dalam surah lain.

Nabi Lut sedang menafsirkan perkataan Al Alamin.
Masa dia sedang berdepan dengan gays.

Apa maksud Al Alamin?


Ulama kita buat kesimpulan, Al Alamin bermaksud manusia yang diberikan petunjuk wahyu dari dulu, sekarang hingga akhir zaman.

Firaun bukan cerita sejarah, tetapi ianya kisah berulang yang akan berlarutan ke akhir zaman.

Ayat 6.

Mengapa Allah sebut perkataan haman?

Orang yang zalim bukan sekadar orang yg mencadangkan kezaliman, tetapi orang yang mengangguk dengan cadangan juga satu kezaliman.


Haman simbolik kepada pekerja eksekutif yang menjalankan gerak kerja mereka yang mecadangkan kezaliman.


Ayat 7.

Ayat ini cerita pasal, Allah memberikan wahyu dalam bentuk ilham. Jangan lupa, disebalik idea ada “Kami”.

Kenapa Allah sebut kami?

Setiap ilham, setiap kreativiti ada “kami”.

Apa yang Allah ilhamkan kepada ibu Musa?

1. Susukan anak itu. Bagi bayi tu kenal susu kamu.
Kenapa?
Musa akan recognize susu dan bau ibunya pada masa akan datang.

2. Bila kamu berada di kemuncak ketakutan, jangan pegang bayi kamu. Letak atas sungai.

Serahkan urusan ini kepada Allah,
jangan ada terlalu khauf (takut pada akan datang)
jangan ada terlalu hazan (menyesal pada yg lepas)

Inilah pintu syaitan akan masuk dalam sudur manusia.


Mukmin perlu redha – apa yang telah berlaku, itu terbaik dari Allah. Apa yang akan datang,

Allah kata percaya pada janji aku. Aku akan pulangkan semula anak ini sebagai seorang rasul.

Ayat 6 pasal politik.
Ayat 7 – Seorang ibu sedang menyusu anak kecilnya.

Allah nak ajar kita, ada benda yang kita boleh ubah, ada benda yang kita tak boleh ubah.

Politik itu tak boleh ubah.
Ubah dalam rumah kita.
Inilah cara fikir, tangan yang menghayun buaian.

Lelaki yang baik, itu yang dapat buat perkara kecil dengan berjiwa besar.

Surah Ar Rum (bermula dengan cerita politik- pergolakan kuasa)
Surah Luqman ( Ayah dengan tenang mendidik anak – politik boleh berubah tetapi akidah tak boleh berubah).

Surah An Nisa
Mujadilah
At Tahrim

Allah mulakan dengan perempuan, kemudian ada pasal perang.

Kenapa?
Pemimpin yang baik bermula dari rumah.
kalau dia boleh memelihara wanita, menghormati isteri dan ibunya, insya Allah dia boleh memimpin org di luar rumah.

Ayat 8 – Keluarga firaun memungut bayi ini. Bayi ini akan menjadi musuh keluarga musa ini. Firaun dan Haman telah melakukan perkara besar hingga Allah putuskan untuk Musa masuk ke istina Firaun.

Ayat 9 – Isteri Firaun memandang lama bayi ini.

Qurratu a’yun – seronok tengok bayi ini.
Mudahan dia jadi orang yg bermanfaat kepada kita. Mereka tidak menyedari rencana tuhan.

Bilakah detik bom jangka menyala dalam hidup firaun?

Firaun menerima kedatangan bayi ini dalam istananya.
Bayi itu lemah.
Tetapi Allah tunjukkan siapa yg lemah?


Bayi yang paling lemah itu akan menghancurkan negara yang dikatakan paling gagah.


Ayat 10 – Ibu Musa dalam hatinya gundah gulana. Hampir dia nak berkongsi kepada orang lain tentang isi hatinya. Ayat ini menunjukkan iman dan berdiam diri itu tidak dapat dipisahkan.

Orang yang beriman di hari akhirat itu akan pilih du abenda- bercakap baik atau berdiam diri.

Ini kisah Ibu Musa , manusia biasa. Ada detik yg kita ada keraguan. Tetapi Allah ikat hatinya dengan keimanan untuk elakkan dia dari bercerita.

Jika ada masalah rumah tangga, berkongsi di FB bukan cara terbaik. Solusinya adalah memilih cara untuk selesaikan pada orang yang sepatutnya.

Iman itu tandanya kita berfikir panjang.

Ayat 11 – Wanita ketiga, (dikatakan namanya Mary). Allah tak sebut nama.

Sebab apa?
1. Allah nak agungkan dirinya, manusia itu akan mati. Sbeab itu  Allah tak sbeut nama.

2. Supaya cerita itu ada nilai universal -

3. Merancakkan kajian-kajian sejarah. Bila Allah tak sebut nama, ulama terdahulu memilih untuk mengkaji. Al Quran melahirkan sejarahwan seperti Ibn Khaldun dan Ibn Katsir.

Sejarahwan sebut umur anak ini 12 tahun.

Ibu Musa risau. Ibu luahkan kepada anak gadis ini. Yukabid ini ada 2 orang anak. Mary, harun dan Musa.

 

3K -

Ketaatan -
keberanian -
kecerdikan-

Ibu musa semasa dialog dengan anaknya, Maryam, cakap bahasa arab ke?

Tidak.
Mereka cakap bahasa Hebrew barangkali.

“Kussi.” – Inilah satu perkataan yang Allah pilih.


Maksud kussi.
1. Tolong ikut jejak satu persatu dari awal sampai habis.
2. Follow dari jauh, dan tahu dari mana. 

 

Inilah kelebihan bahasa arab.
Jawamik kalim.

 

Tanpa melengahkan masa, kanak-kanak perempuan ini akan ikut dari jauh.

Aajunubin – dia tak tunjuk dia follow, dia bawa beg besar di belakang, dan buat – buat ada aktiviti.


Dia bukan setakat bijak, tetapi ada ketaatan.

Allah iktiraf seorang kanak-kanak yang kita tak tahu pun namanya. Ini tanda Allah tak meninggikan namanya, tetapi Allah tinggikan nilainya.

 

Seluruh bala tentera Firaun , tak sedar bahawa bayi itu adik kepada kakak itu.

Ayat 12 – tidak ada seorang pun yg berjaya susukan. Kerana Allah telah haramkan mulut itu utk minum melainkan susu ibunya sahaja.

Allah nak tekankan, penyusuan susu ibu 2 tahun pertama itu penting.

Lalu kakak nya beratur.

Ada satu rumah boleh melindungi bayi ini dan boleh memberikan nasihat.

Lalu dengan asbab kanak kanak ini, akhirnya musa dikembalikan Allah kepada ibunya.

Bila kita mahukan sesuatu berlaku yang kita doa, Allah nak tengok kita buat langkah perama. Kita selalu doa, tetapi tak mustajab sebab kita tiada langkah.

Kadang-kadang lepas doa, Allah ilhamkan satu perkara.

Sepatutnya, boleh je ibu ini tunggu je sebab Allah dah janji.
tetapi Allah ilhamkan jug apemikiran pada ibu untuk bergerak untuk protect Musa.
Kisah Asiah -

bayi yang sampai ke tangannya, dia akan jaga elok-elok.

Bila anda mengasihi orang, Allah akan beir hidayah. Bila anda banyak mengasihi anak-anak yati, ianya adalah asbab Allah jatuhkan hidayah.

Wahai orang yang beriman lelaki dan wanita, tolong sebut Asiah sebagai contoh dalam hal mempertahankan iman.


Firaun ramses II , ada ramai isteri. Isteri muda sekali ialah Asiah.
Bila raja kahwin ramai, dia akan pilih isteri yang cantik-cantik walaupun mandul.

Sejarahwan tak jumpa pun kubur, tinggalan Asiah agar tiada yang mengenangnya.

Sebelum Asiah wafat, Firaun yang menyeksanya telah mengarahkan untuk hapuskan semua barang dan tinggalan Asiah.

Semasa beliau diseksa dengan begitu azab, doa beliau adalah,
“Robbibni li indika baitan fil jannah, wannajini minal firaun wa najini min kafirin”

Kenapa Asiah sebut Allah dahulu, baru rumah dan jannah?

Bagi Asiah, mencintai Allah adalah kepuasan yang tak dapat diterangkan dengan perkataan. Dia telah tengelam dengan rahmat Allah. Dnegan kematian, itulah jalannya menuju Allah.

Kedua, dia sebut rumah. Melihat Allah lebih indah dari nikmat Syurga.

Asiah ajar kita, Firaun salah satu orang yg zalim, itulah suaminya.

Ini membuktikan, sensitive dengan kezaliman, dan doakan kepada Allah, bebaskan saya dari orang yang zalim.




Comments