Ramadan 2: Konsisten Tadabbur

 Ramadan 2, 1445 H.

Susun hari-hari ramadan untuk Konsisten tadabbur al Quran.
Macam mana?
1. Pilih surah yang kita nak belajar.
1 Surah untuk 30 hari pun tak apa.
Yang penting kita konsisten. Setiap hari.
2. Cuba untuk fokus.
- Aku selalu pesan kepada usrah-mates untuk sediakan buku khas nota tadabbur, quran untuk catat nota tadabbur guna quran per kata.
- Analoginya, untuk subjek sekolah, universiti pun kita bersungguh ada buku khas untuk setiap subjek, takkan ilmu untuk akhirat, kita sambil lewa.
- Peruntukkan waktu untuk dengar dan duduk fokus kuliah. Mulakan dengan yang sedikit - 5-15minit just nice sebagai permulaan.
- Kuliah ustaz panjangkan? Maka, boleh berhenti ikut timing kita.
3. Catat isi penting.
- senang nak rujuk semula.
- kalau dengan Ustaz Muein dan asatizah yang ada silibus atau kuliah berdasarkan Quran dan hadis, kitab, memang banyak isi penting kau. Rasa macam rugi kalau tak catat.
4. Amalkan walaupun hanya 1 ayat.
Itu saja dulu untuk hari ini.
Esok aku share lagi tips lain.

Comments