Puasa Anak Kecil

 Puasa Anak Kecil.

Latihan kenal kemampuan diri
untuk jadi orang bertaqwa.
Anak-anak kecil tidak diwajibkan berpuasa hingga masuk umur baligh. Baligh zaman sekarang mungkin lebih awal kan dari 12 tahun hingga 15 tahun. Jadi, memang tugas mak ayah sediakan suasana solat dan puasa itu.
Kalau anak dah boleh berkehendak dan mampu puasa, tak salah.
Kalau anak belum baligh nak ikut mak ayah puasa, silakan.
Tapi bukan dipaksa.
Anak mungkin tak tahu apa yang berlaku pada tubuhnya.
Dia nak pengsan ke.
Pening ke.
Dia tak tahu itu reaksi tubuhnya sebab dah kurang tenaga.
Jadi, mak ayah boleh kawal keadaan ini dengan beritahu.
Nak puasa boleh, tapi jangan sampai mudarat diri.
Awak kecil lagi. Kalau tak tahan, beritahu ibu
Boleh berbuka.
Esok cuba lagi.
Anak ini akan puasa sampai hujung nyawa dia nanti. Sampai umurnya dah tua nanti, dia akan puasa. Jadi, kenapa perlu berkejar sangat bila anak belum bersedia.
Kita tak nak anak puasa depan kita, belakang kita dia minum air paip.
Kita tak nak anak puasa depan kita, belakang kita tinggal solat.
Kita tak nak anak puasa depan kita, belakang kita dia buka aurat.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertaqwa. (QS Al Baqarah: 183)
La'allakum tattaqun.
Mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Jadi, masa peringkat awal ini, biar dia tahu dulu kondisi badannya bila puasa, apa yang dia perlu buat bila dia rasa tak kena pada badan dia kalau dia puasa.
Jangan sampai dia tahan puasa walaupun dah pucat lesi tak bermaya baring sahaja. Semata mata demi janji mak ayah nak dapat RM300 sebab dapat puasa sebulan.
Ada sebab kenapa anak tak beritahu kita walaupun dia dah sangat letih.
Salah satunya, kita mungkin ada cakap siapa tak puasa tak dapat raya. Siapa tak puasa, tak masuk syurga. Siapa tak puasa, Allah tak sayang.
Seriuslah?
Guna nama Allah, untuk "wajibkan" anak belum baligh puasa?
Betul kah ayat kita tu?
Fikirkan semula.




Comments