Disiplin Ilmu dalam menulis Quran Journal.

 


Sesi ke 5 – Disiplin ilmu.

 

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” [TQM: An-Najm(53): 3 – 4].

 

Dalam menulis Quran Journal, kita tak akan mampu tulis tanpa pengetahuan asas tentang isi Al Quran.

Apa yang kita nak tadabbur kalau kita tak tahu makna ayat tersebut?
Apa yang kita nak kaitkan tanpa tahu isi asas tafsiran ayat tersebut?
Apa yang kita nak tulis tanpa kita tahu cara untuk ambil pengajaran dari ayat tersebut?

Jadi, bagaimana?

Di sinilah bermulanya pengetahuan kita tentang disiplin ilmu. Kita takkan mampu tulis secara telus kalau kita hanya mereka-reka dan buat andaian tentang ayat tersebut sesuai dengan emosi kita saat itu.

Demikian juga terdapat beberapa atsar dari para sahabat yang menegaskan larangan terhadap perbuatan ini. Kata Abu Hurairah R.A:

من فسر القرآن على رأيه فإن أصاب لم يؤجر وإن أخطأ مُحي النور من قلبه

Maksudnya: Sesiapa yang menafsirkan Al-Quran menurut pendapatnya sendiri, sekiranya (tafsiran) itu betul, dia tidak akan mendapat pahala. Sekiranya tafsiran tersebut silap, akan dipadamkan cahaya dari jantung hatinya.


Al Quran bukan buku biasa.  Ianya adalah Kitabullah. Ayat-ayat dari Allah swt. Apa yang Allah mahu sampaikan kepada kita. Kita takkan boleh tafsirkan isinya sewenang-wenangnya. Inilah dia displin yang kita perlu hormati dalam mendalami ilmu Al Quran.

 

Persoalannya, bagaimana kita nak mendalami ilmu Al Quran. Aku dah tua. Aku dan berusia. Aku dah taka da masa.

Inilah tali yang sentiasa mengikat kita untuk tidak terus melangkah mendalami ilmu Al Quran.

Kita boleh mendalami ilmu Al Quran dari pelbagai sumber dan media yang ada. Cuma yang perlu kita jelas ialah, siapa yang pakar di dalam bidang tersebut.

Cari asatizah yang  secara konsisten menyampaikan ilmu di dalam bidang mereka.

Fokus dan konsisten bersama mereka.
Beri tenaga dan masa kita untuk terus menimba ilmu bersama mereka.

Kita tidak perlu belajar secara tergesa-gesa.
Beri ruang dan masa untuk jiwa kita memproses bahawa kita sedang memilih jalan menuju Al Quran.

Pasti ada halangan.
Kita perlu buat sedikit demi sedikit, tetapi berterusan.

Dari tidak berbuat langsung tindakan untuk memahami Al Quran.



Berikut merupakan beberapa contoh perbuatan menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan akal fikiran sendiri:

Pertama: Mendakwa diri sebagai Rasul berdasarkan firman Allah S.W.T :

إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya kamu merupakan sebahagian dari para rasul.

Surah Yaasin (3)

Lalu seseorang menafsirkannya dengan menyatakan bahawa ayat tersebut merujuk kepada dirinya sendiri.

Kedua: Mendakwa diri sebagai Rasul bagi kaum dan umat tertentu menggunakan firman Allah S.W.T:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا

Maksudnya: Sesungguhnya telah kami utuskan bagi setiap umat itu seorang Rasul (kepada mereka).

Surah Al-Nahl (36)

Seseorang menafsirkan ayat ini dengan pendapatnya sendiri lalu mendakwa dia adalah Rasul bagi umat tertentu, seperti dia adalah Rasul bagi umat Melayu contohnya.

Ketiga: Menyatakan solat cukup sekadar zikrullah.

Begitu juga terdapat mereka yang mendakwa bahawa ibadah solat cukup sekadar mengingati Allah tanpa perlu mendirikan solat dengan tatacara yang masyhur. Pendapat ini merujuk kepada ayat:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Maksudnya: Sesungguhnya Aku adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka beribadahlah kepada-Ku dan dirikan lah solat untuk mengingati-Ku.

Surah Taha (14)

Lalu ada orang menyatakan, ayat ini menunjukkan bahawa solat itu mencukupi sekadar dengan berzikir kepada Allah. Ia hakikatnya merupakan suatu kenyataan salah yang terhasil dari ketiadaan ilmu, bahkan inilah perbuatan menafsirkan kalamullah dengan akal fikiran sendiri, yang dilarang di dalam nas-nas syarak.


Begitulah bahayanya jika kita memandai-mandai dalam menafsirkan ayat quran tanpa panduan dari mereka yang benar arif tentang al Quran. 

 

Comments