Wanita-wanita yang dirakam Al Quran.
Motivasi buat wanita akhir zaman.
Kuliah berkaitan kajian wanita acuan Al
Quran ini pernah disampaikan oleh Ustazah Floweria, anjuran Takmir Masjid Ulil
Albab Universitas Islam Indonesia. (Aku carinya linknya semula tak jumpa)
Ini linknya :
https://www.youtube.com/watch?v=lzr7byIEmLY (Ustadzah Floweria | "The
Sparkling Ladies #08: Keistimewaan Ummahatul Mukminin: Zainab binti Jahsy"
Ustazah ada banyak kuliah memartabatkan
wanita acuan Al Quran. Ini salah satunya. Isi ini aku ambil dan garap
berdasarkan kuliah kuliah beliau sebelum ini.
Penting untuk wanita akhir zaman kini ambil
peduli sosok-sosok yang Allah rakamkan dalam Al Quran sebagai motivasi kepada
kita mengharungi ujian dunia. Tak salah kalau kita pilih untuk mendengar
nasihat dari kalangan kita, tak salah. Tak ada siapa halang. Cuma setiap
pilihan kita itu pastikan ianya menurut neraca Al Quran.
Itulah fungsi Al Quran dan hadis.
Sebagai pembatas pilihan kita.
Sebagai filter kepada setiap pilihan yang
kita buat dalam kehidupan.
Sebagai pemandu arah agar tidak kesesatan
menuju ke arah redha Allah.
Dalam Al Quran terdapat dua kelompok wanita
yang Allah telah rakamkan.
Suka aku nak bahagi kepada dua kelompok
agar kalian senang dapat gambaran.
Kelompok pertama ialah kelompok sebelum
zaman kerasulan Rasulullah saw.
Kelompok kedua ialah kelompok semasa zaman
kerasulan.
Contoh kelompok pertama seperti :
1. Isteri Nabi Adam alaihissalam , Hawa’
(QS 7:19)
2. Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth (QS 66:10)
3. Isteri nabi Ibrahim, Sarah (QS11:71-72)
4. Isteri Nabi Ibrahim, Hajar (QS19:8)
5. Isteri Al Aziz dalam kisah Nabi Musa
(QS12:21)
6. Isteri Imran (QS3:35)
7. Isteri Nabi Zakaria (QS19:8)
8. Isteri Firaun, Asiyah binti Muzahim
(QS66:11)
9. Ibunda Nabi Musa, Yukabid (QS20:38)
10. Saudara perempuan Musa (QS20:40)
11.Dua wanita yang dibantu Nabi Musa ketika
di Madyan, (QS28:23-26)
12. Ketua negara Saba’ (QS27:44)
13. Maryam puteri Imran (QS66:12)
Contoh kelompok kedua, iaitu wanita pada
zaman Rasulullah :
1. Isteri kesayangan Rasulullah, Aisyah
Bint Abi Bakr (QS24:11-16)
2. Isteri Rasulullah, Zainab binti Jahsy ra
(QS33:37-38)
3. Perempuan yang mengajukan persoalan,
Khaulah binti Tsa’labah (QS58:1)
4. Isteri Rasulullah , Hafsah binti Umar ra
(QS66:3)
5. Isteri Abu Lahab (QS111:4)
Berdasarkan kepada dua kelompok tadi, kita
akan lihat pula kepada pembahagian berdasarkan status mereka.
1. Perempuan yang belum bernikah seperti
saudara perempuan Nabi Musa, dua orang wanita yang dibantu Nabi Musa ketika di
Madyan dan Maryam.
2. Perempuan yang sudah bernikah seperti
Hawa, Sarah, Hajar, isteri Al Aziz, isteri Imran, isteri Zakaria, Aisyah,
Zainab, Hafshah, Khaulah, isteri Nabi Nuh, isteri Nabi Luth, Asiyah dan isteri
Abu Lahab.
3. Perempuan yang menjadi ibu seperti Hawa,
Sarah, Hajar, isteri Imran, isteri Zakaria, ibunda Musa, dan Maryam.
Kita juga boleh dapat pengajaran dari
pembahagian karakter yang Allah rakamkan dalam Al Quran.
1. Karakter penghasut – tukang fitnah –
gossip seperti Hindun dan isteri Abu Lahab.
2. Karakter penggoda – seperti isteri Al
Aziz.
3. Karakter pengkhianat dan ingkar kepada
suami seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth.
4. Karakter pejuang seperti Asiyah, ibunda
Musa, saudara Nabi Musa.
5. Karakter menjaga kesucian dan harga diri
seperti Maryam dan dua orang wanita yang dibantu Nabi Musa ketika berada di
Madyan.
Betapa besarnya kasih sayang Allah buat
kita, wahai para wanita sampai Allah perincikan kisah mereka untuk kita ambil
iktibar dan pengajaran.
Watak-watak yang disebut di atas mungkin
sudah lama pergi meninggalkan kita, tetapi perwatakan itu kita boleh jadikan
pedoman dan iktibar kepada diri kita.
Janganlah kita kata, oh itu Aisyah, boleh
lah.
Oh itu Asiyah, bolehlah.
Oh itu isteri nabi, bolehlah.
Jangan.
Kisah-kisah di dalam Al Quran bukanlah
sebagai penglipur lara.
Kisah di dalam Al Quran berfungsi sebagai
ensiklopedia kepada fitrah manusia. Apa yang Allah rakamkan, itulah yang akan
berulang dan terus berulang selagi mana wujudnya manusia atas muka bumi ini.
Wanita akhir zaman sudah pasti tidak
semakin ringan ujian buat mereka. Fitnah semakin datang bertimpa-timpa. Godaan
untuk berbuat maksiat semakin mencengkam jiwa. Saban hari wanita semakin
tersepit di antara godaan dunia dan kebertanggungjawab di akhirat sana.
Oleh kerana itu, kembalilah kepada peranan
diri dalam istana masing-masing.
Kitalah watak “Asiyah” dalam istana yang
kita ada sekarang.
Tinggikan kesedaran dan perkemaskan
tindakan kita bahawa azab Allah itu nyata adanya di akhirat sana, maka itulah
yang akan menghalang kita dari berbuat maksiat kepada Allah.
Dunia ini ibarat sebelah sayap nyamuk.
Sedangkan akhirat segalanya.
Dunia hanyalah di genggaman tangan yang
pada bila-bila masa kau sanggup melepaskan.
Selusuri kisah Asiyah, selusuri kisah-kisah
mereka yang Allah rakamkan.
Kerana yakinnya mereka pada janji Allah,
hal keduniaan itu nampak kecil pada pandangan mereka.
Wahai wanita, kukuhkan keimanan kita kepada
Allah, kembalilah kepada petunjuk berlandas wahyu kerana di situ ada petunjuk
kepada kemenjadian wanita acuan Al Quran.
Sungguh.
Ia memang tak pernah mudah.
Kerana syurga Allah itu mahal.
Tetapi andai kita dipanggil pulang oleh
Allah, kita telah berada di atas jalan itu, biarpun belum sempurna peribadi
kita.
Ingatlah pesan dari kisah Asiyah,
Jangan sampai keimanan kita bergantung
kepada keimanan suami.
Berusahalah dan terus berusaha menjaga
iman, kerana itulah perlindungan terbaik buat wanita akhir zaman.
Salam sayang dariku,
Buat semua wanita yang Allah cintai.
Buat semua wanita yang Rasulullah sayang.
Comments
Post a Comment