Rahsia 10 ayat terakhir Surah Yusuf.
Speaker : Ustaz Syaari Ab Rahman
Pembukaan Rahsia.
Seseorang termotivasi nak hafaz Al Quran
bila dia tahu ada rahsia yang terkandung dalam sesuatu ayat itu.
Terdapat perbezaan antara membaca dan
menghafal. Bila menghafal dapat membaca ayat Quran dalam solat. Ada perbezaan
juga membaca Al Quran di luar solat dan dalam solat.
Bila kita hafal, kita akan dapat nikmat
membaca itu sendiri.
Nabi Yaakub dapat menghidu bau baju Nabi
Yusuf ketika dia berada di Palestin sedangkan baju itu masih berada di Mesir.
“Ambillah baju saya, letakkan baju ini di
mata ayah kita, walau kalian tidak beritahu, aku tahu ayah tidak dapat
melihat,” kata Yusuf kepada abang-abangnya.
Dengan Izin Allah, baju itu juga dapat
memulihkan penglihatan Nabi Yaakub.
Ilmu tafsir berperanan dalam menyingkap
maksud sebenar ayat Al Quran yang kita baca dan hafaz agar kita dapat merasai
kenikmatan membaca Al Quran.
Susah untuk kita hafaz ayat tetapi kita
tidak memahami ayat yang kita hafazkan.
Susah juga untuk kita menikmati bacaan yang
kita faham, jika kita tak hafaz, agar kita boleh baca di dalam solat.
“Tiadalah yang mendengar Surah Yusuf ini
oleh orang yang kesedihan melainkan dia mendapat kerehatan dari Surah Yusuf,”
Siapa orang yang kesedihan?
Orang yang stress.
Orang yang sedang menangis.
Orang yang hampir putus asa.
Kerehatan bagaimana yang dia dapat?
Rehat yang dapat mengumpul tenaga untuk dia
bangkit semula.
Ramai yang tahu Kisah Yusuf, tetapi ramai
tak tahu tentang Surah Yusuf.
Surah yang diturunkan di dalam Quran adalah
pernyataan tentang sesuatu perkara atau isu . Dalam satu Unit itu akan
mengandungi 3 perkara iaitu :
a) Pembukaan.
b) Isu (Tema Asas).
c) Penutup. (Kesimpulan).
Sebab itu surah paling pendek pun ada 3
surah.
Kata Farahi, Jika Al Quran tidak
berkehendak kepada tema-tema penting, maka tiada keperluan kepada 114 Surah.
Tiada keperluan ianya turun dalam 6 ribu lebih ayat. Kenapa tidak 6 ribu tepat?
Ini kerana setiap ayat dan surah itu datang dengan penyataan dari Allah.
Setiap 114 surah itu ada tema berbeza.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah Yusuf ayat 102 hingga 104.
1. Wahyu.
Wahyu dari Allah kepada Rasulullah s.a.w .
Baginda tak suruh ikut dia, tetapi ikutlah
apa yang wahyu cakap.
Allah nak pesan kepada baginda, teruskan
saja perjuangan kamu. Sampaikan saja apa yang kau dapat dalam wahyu itu itu
walau orang menolak apa yang kamu cakap.
Surah Yusuf ayat 105 hingga 107.
2. Sikap negatif orang majoriti ketika itu.
Majoriti manusia ketika itu menunjukkan
penentangan kepada Rasulullah.
Surah Yusuf ayat 108 hingga 111.
3. Sikap positif minoriti para sahabat.
Hanya minority sahaja yang beriman.
Hanya minority sahaja yang setia kekal
dengan perjuangan nabi.
Ustaz pesan, di akhir zaman ini, kekallah
dengan wahyu yang Allah dah turunkan. Setialah kepada para pentafsir Al Quran.
Siapakah pentafsir?
Rasulullah melalui hadis dan sirahnya itu
sendiri.
Cari sumber yang betul.
'
'
'
'
Penerangan ayat 102 hingga 104.
-----------------------------------
Ayat 102 – Apa yang aku sampaikan adalah
tentang perkara ghaib yang kau tidak pernah tahu wahai Muhammad. Tiada seorang
pun yang tahu tentang perkara ini, dan inilah Nabi. Nabi adalah seseorang yang
ada berita yang orang lain tak tahu dan tak ada pengetahuan tentang nya.
Ayat 103 – Percaya kepada Rasulullah.
Bayangkan ada seseorang yang berada di sebelah kita beritahu, di hadapan ini
akan ada Tsunami yang melanda. Dan ada seorang lagi yang berada di tingkat atas
bangunan, dia nampak Tsunami sedang menuju ke arah kita, dia beritahu kita,
Tsunami dah nak sampai. Mana satu yang kita nak percaya?
Seperti itu jugalah Rasulullah. Dia nampak
bahaya apa yang akan menimpa umatnya jika mereka tidak beriman kepada Allah.
Ayat 104 – Nabi sangat bersungguh dalam
membuat orang percaya untuk beriman kepada Allah. Pengalaman selama 28 tahun
berniaga, Nabi belajar sesuatu dari pengalaman itu. Nabi yakin kepada wahyu
yang dia terima, dan dia tahu dia mesti yakin untuk tarik mereka kepada
kebenaran.
Penerangan Ayat 105 – 107.
-----------------------------
Ayat 105 – Kaum Quraisy itu adalah kaum
yang tidak peduli tentang fenomena Alam . Sedangkan mereka itu pedagang, mereka
boleh nampak peredaran siang dan malam, perjalanan bulan dan matahari, mereka
nampak bintang-bintang di waktu malam, tetapi mereka tak nak berfikir. Ada
sebab kenapa Allah bersumpah dengan fenomena Alam.
Ayat 106 – Tetapi mereka tetap memilih untuk
kekal syirik kepada Allah walau Allah dah utuskan kepada mereka seorang Rasul.
Ayat 107 – Mereka rasa mati lambat lagi.
Logik yang mereka guna adalah logik yang
Qarun guna.
“Inilah tanda Allah sayang, sebab Allah
beri mereka kesenangan, harta dan kekayaan,” Itulah istidraj.
Penerangan ayat 108 – 111.
---------------------------
Ayat 108 – Wahai para sahabat, tolonglah
setia dan kekal dengan Nabi.
Ayat 109 – Kalian tolonglah yakin, kalian
akan dapat kesudahan yang baik. Yakin akan ganjaran hari akhirat.
Ayat 110 – Apabila kekal dengan Rasulullah
sudah pasti akan banyak keperitan yang mereka akan rasai, maka apabila ditimpa
musibah, banyakkan bersabar.
Ayat 111 – Macam mana nak bersabar?
Banyakkan baca kisah kisah Nabi di dalam Al Quran untuk dijadikan motivasi.
Dimana kita pada keseluruhan kisah di atas?
--------------------------------------
Ayat 102 – Kami pilih kamu wahai Muhammad
untuk kami turunkan wahyu ini.
Nabi bila baca Surah Yusuf, baginda rasa
seperti baginda di bawa ke zaman Yusuf.
Di mana kita?
Cuba kita selami kisah Yusuf dari Al Quran
ini agar kita dapat ambil ibrah dari kisah ini. Hati-hati dengan Kisah
Israelliyat yang jauh dari apa yang Quran cakap.
Cuba perhati apa yang Allah cuba sampaikan
kepada kita melalui motivasi yang Allah cuba sampaikan kepada Rasulullah, dari
kisah Yusuf ini.
Allah beritahu kepada Muhammad, kamu tidak
ada di situ sewaktu abang-abang Yusuf berpakat untuk menimpakan kejahatan ke
atas Yusuf.
Allah nak beritahu kepada Muhammad, bahawa
Kamu tiada sewaktu wanita-wanita Mesir itu mahu menimpakan sesuatu kepada
Yusuf.
Kamu juga tiada sewaktu Allah selamatkan
Yusuf dari kebencian dan kecintaan manusia.
Allah nak beritahu kepada Rasulullah bahawa
ianya adalah sebahagian sahaja dari kisah Yusuf yang Allah sampaikan. Allah
sampaikan kisah yang ada kaitan dengan perjuangan Rasulullah ketika itu.
Rasulullah sedang berhadapan dengan kaum Quraisy yang menentang dakwah wahyu
dari Allah.
Allah nak beritahu, cukuplah jadikan Al
Quran sebagai sumber utama. Jadi, kalau baca sumber dari internet, pastikan
lagi dengan sumber yang sahih sama ada sumber itu benar atau tidak.
Ayat 103 – Allah kata kepada
Muhammad,”Ramai yang tak percaya apa yang kau cuba sampaikan walau kau
bersungguh buat mereka percaya,”
Kalau Yusuf itu masih ada di sini, semua
mata akan ambil perhatian kepadanya kerana kekacakkannya. Tiba-tiba ada satu
dua mata yang tidak mahu ambil kesempatan memandang dan menatap wajah Yusuf.
Agak – agak mereka ada masalah apa?
Mereka ada masalah penglihatan.
Begitulah Surah Yusuf tatkala ia turun
kepada Kaum Quraisy. Tatkala dibacakan oleh Rasulullah kepada mereka, ramai
jadi buta. Mereka tak nak dengar dan tak nak tengok. Kasihan mereka.
“Aku ini turun pada zaman kalian, dalam
bahasa Arab, jadi kalian boleh faham, tapi kenapa tak nak dengar dan lihat
kecantikan kekacakkan aku ini,”
Semasa surah ini disampaikan , Rasulullah
sentiasa ada 3 sasaran :
a) Rasulullah sendiri perlu hafal wahyu
yang turun kepadanya, dan dia kena amalkan.
b) Rumah Al Arqam – wahyu itu perlu
diberitahu dan disampaikan kepada para sahabat. Sahabat akan dengar dan taat
pada wahyu yang diturunkan.
c) Kaum Quraisy – Rasulullah akan terima
penentangan yang sangat hebat dari mereka.
Rasulullah berhadapan dengan tentangan pada
setiap ayat dari Surah Yusuf yang dia sampaikan kepada Kaum Quraisy.
Apa yang Allah cuba sampaikan kepada
Rasulullah?
Fokus kepada usaha bukan natijah.
- Bila kita berdakwah, Allah memandang pada
usaha, bukan natijah dan hasilnya.
- Objektif dakwah salah satunya kita dapat
menyampaikan dakwah dengan penuh kesantunan.
- Rasulullah bila nampak Non Muslim,
hatinya berkata, ‘Alangkah bagusnya jika mereka beriman,”
- Nabi ni impian dia nak tengok seramai
mungkin manusia menjadi orang beriman.
- Ketika itu, majoritinya adalah tidak
beriman, tapi Allah Nampak usaha Nabi sampaikan dakwah.
- Dunia penyampaian wahyu adalah urusan
Allah, tugas kita adalah buka mulut, sampaikan kepada mereka.
Seperti kisah Yusuf di dalam penjara, Yusuf
tak terus menafsir mimpi mereka. Yusuf berusaha nak bawa mereka beriman. Jadi
Yusof terangkan berkaitan dengan ketuhanan, dan Allah pun tak merakamkan apa
jadi kepada 2 rakan banduan yusuf tadi.
Maksudnya apa?
Maksudnya Allah hanya nampak usaha Yusuf
untuk berdakwah kepada 2 orang banduan di hadapannya itu.
Ayat 104 – Nabi sangat bersungguh dalam
menyampaikan wahyu kepada Kaum Quraisy. Sampaikan ada pemimpin Quraisy berkata,
“Kasihannya dia, dia sampaikan apa tu, tak
ada orang nak dengar pun,”
“Kasihannya dia, cubalah kita berikan dia
apa-apa, mungkin lepas itu dia diam,”
Padahal Nabi tiada kepentingan apa-apa pun,
cuma orang Quraisy salah anggap melihat kesungguhan Nabi dalam menyampaikan
wahyu hanya untuk mendapatkan sesuatu. Orang yang cakap begini adalah orang
yang kenal Nabi sebagai seorang pedagang. Orang business akan bercakap untuk
melariskan jualan kan? Itu lah anggapan mereka kepada rasulullah.
“Mereka anggap Nabi akan diam hanya dengan
upah , padahal Nabi datang kepada mereka untuk ingatkan mereka tentang akhirat.
Nabi datang kepada mereka untuk selamatkan mereka,”
Bagaimana sikap manusia kepada wahyu?
Aku turunkan kau nikmat dengan wahyu untuk
selamatkan kau di akhirat nanti.
Sebenarnya kisah Al Quran adalah
bermotifkan zikir.
Apa itu zikir? Zikir adalah mengingatkan
kita benda yang kita lupa. Jadi, kisah tentang kaum Quraisy ini sebagai teguran
buat kita.
Adakah kita ini telah bersikap seperti Kaum
Quraisy juga pada masa sekarang?
Kehebatan Nabi Yunus adalah pada zikirnya
ketika berada di dalam perut ikan Nun.
Apa pula zikir yang ada pada kisah Yusuf?
Ada banyak kisah yusuf yang mampu ingatkan kita kembali apa yang kita sedang
lakukan pada saat ini.
Ayat 105 – Mereka tidak peduli dengan
apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Orang yang jarang tadabbur Quran, susah
hendak tadabbur alam.
Ada beza antara melihat dan terlihat.
Bila melihat, kita melihat dengan mata
hati.
Kalau tak termenung dengan ayat Quran,
macam mana nak termenung dengan kejadian alam?
Contoh :
Ketika hujan turun, apa yang kita lihat?
Dalam Quran ada Allah sebutkan tentang
hujan ini.
Hujan yang turun akan menyuburkan tumbuhan
dan memberi minum kepada haiwan.
Wahyu yang turun akan menyuburkan jiwa-jiwa
dan memberi minum kepada roh manusia.
Orang yang jarang berfikir tentang kejadian
alam, itu tanda hati mereka telah keras. Bila hati keras, susah hendak faham
tentang ayat Quran.
Ayat 106 – Mereka akhirnya tetap memilih
untuk kekal syirik kepada Allah walau Allah dah datangkan wahyu.
-Kenapa mereka memilih untuk kekal syirik?
Sebab itulah keuntungan mereka, mereka dapat hasil dari jualan berhala-berhala.
Ayat 107 – Mereka rasa selesa walau mereka
tidak menyembah Allah.
Allah tak buat apa-apa pun pada kita, tanda
Allah sayang kepada mereka, kata mereka. Mereka tidak sedar, azab Allah sedang
menuju kepada mereka.
Setiap perbuatan ada pembalasan.
Apa reaksi Yusuf semasa berhadapan dengan
saudaranya?
Yusuf mengajar mereka tentang bercakap
benar. Yusuf sedang mengajar mereka tentang setiap perbuatan akan ada
pembalasannya. Yusuf sedang beritahu mereka , akan ada satu hari, kau akan kena
bertanggungjawab dengan dosa yang kau lakukan.
Kisah ini bercerita tentang manusia yang
sering menangguhkan taubat.
Semasa saudaranya menghumban Yusuf ke dalam
telaga, ketika itu mereka tidak takut akan azab Allah. Orang yang takut akan
azab, tak akan melakukan dosa.
Oleh itu, sentiasalah doa agar dijauhkan
dari kematian yang mengejut agar kita sempat bertaubat dari dosa kita.
Sebab itu bila Allah beri sakit, sakit itu
sendiri nikmat kepada kita, bila kita sakit, kita semakin dekat dengan Allah.
ALLAH BERI MOTIVASI KEPADA ORANG_ORANG
BERIMAN.
Siapa orang beriman? Kitalah!
Ayat 108 – Allah pesan, kekallah kamu
dibelakang Nabi Muhammad.
- Kekal beriman kepada Allah.
- “Aku akan terus menyampaikan, walau
jumlah penentang aku semakin ramai, itu bukan kayu ukur kepada kegagalan aku.
Kegagalan aku adalah apabila aku berdiam diri, tidak menyampaikan,” Itulah
semangat yang ada pada rasulullah.
Fokus kepada perkataan arab “Basiroh” dalam
ayat ini.
Basiroh membawa maksud –
- Dakwah dengan menggunakan hujjah.
- Orang yang berdakwah bersedia untuk
bersemuka.
- Orang yang berdakwah dengan kuasa dan
memaksa biasanya mereka tiada hujjah.
- Orang yang berdakwah akan keluarkan hujah
yang mengenyangkan jiwa-jiwa manusia yang mendengar.
- Orang berdakwah ini melihat dengan mata
hati.
Seperti babak di dalam penjara. Yusuf
bersama 2 rakan banduannya di dalam ayat 39 surah yusuf.
- Yusuf itu berinteraksi dengan kawan
banduannya.
- Yusuf buka ruang untuk berdiskusi bersama
rakannya.
- “Saya nak tanya kamu, Tuhan mana yang
lebih baik, Tuhan yang satu atau Tuhan yang banyak,”
- Orang yang berdakwah perlu berani untuk
disoal oleh orang lain. Seperti Zakir Naik.
- Hargai pendapat orang lain.
- Orang berdakwah perlu beri penjelasan
yang mudah difahami oleh orang lain.
Ayat 109 – Motivasi untuk orang beriman.
- Yakinlah akhirat itu akan menjadi
kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa.
- Siapa orang yang bertaqwa? Mereka yang
follow Rasulullah ketika itu.
- Allah kata, lihatlah kesudahan Nabi Nuh,
Nabi Hud, Nabi Solleh. Mereka itu aku telah selamatkan dari azab yang menimpa
kaum yang tidak beriman kepada mereka.
Ayat 109 juga menunjukkan kepentingan
bermusafir kepada orang beriman.
Pergilah mengembara dengan berilmu.
Tadabbur Quran dan lihatlah permusafiran
itu untuk menguatkan iman di dalam hati.
Pilihlah tempat yang ada kisah sejarah dan
boleh dapat maklumat sejarahnya.
Quran bukan buku sejarah, tetapi Quran
jadikan sejarah sebagai pintu hidayah.
Renungkan rukun haji yang ke lima iaitu
ibadah haji.
Ayat 110 – Sabar dengan musibah.
- Macam mana dapat kesudahan yang baik?
- Yakinlah bahawa bantuan Allah itu akan
sampai pada waktu yang kita tak sangka.
- Kita akan diuji hingga sampai ke tahap
kita hampir putus asa.
Setiap kesusahan itu ada kesenangan.
Allah akan beri kesenangan di kemuncak kita
rasa kesusahan.
Kenapa pada awal-awal perjalanan Nabi dan
Rasul mereka akan sangat-sangat diuji?
Supaya musuh-musuh jadi lalai dan semakin
jauh dari Allah. Itulah namanya Istidraj.
Makin susah dan tertekannya keadaan Nabi
dan para sahabat ketika itu, semakin kuat ikatan mereka dengan Allah. Semakin
kuat keimanan mereka. Makin kuat tekanan yang mereka hadapi, semakin kuat
kebergantungan mereka kepada Allah.
Ayat 111 – Kisah-kisah Nabi sebagai
motivasi.
- Mereka itu adalah ulul albab.
- Motivasi kepada Rasulullah dan para
sahabat untuk terus menyampaikan.
_______________________________________________
IBRAH.
Maksud Ibrah dari Sheikh Ahmad Naufal.
Dia seorang ahli mufassir di Jordan.
Ibrah.
- Bermaksud memindahkan / menghubungkan .
- Sesuatu yang menghubungkan dipanggil –
Ibrah.
Orang Arab guna perkataan ini dalam 4
keadaan –
1. العَبَرَاتْ – Air mata.
Ada tak proses pemindahan?
Air mata mengalir dari mata jatuh ke pipi.
Seperti mana menangisnya Umar saat membaca
ayat 86 dari Surah Yusuf.
2. العَبِيْرَ – Minyak wangi.
Apa yang dipindahkan?
Bau wangi dari bunga dijadikan minyak
wangi, dipakai ke baju dan baunya sampai ke hidung. Apa yang dapat dari minyak
wangi itu? Ketenangan.
Itulah juga tujuan kisah-kisah dalam Al
Quran disampaikan iaitu untuk menenangkan jiwa Rasulullah dan para sahabat dan
sesiapa sahaja yang membaca dan menyelami kisah Al Quran, untuk dapat
ketenangan jiwa.
3. العِبَارَة – Pernyataan
Penyataan yang disebarkan dari mulut ke
mulut, lalu diviralkan dan disebarkan. Kisah yang mampu memotivasikan manusia
lain, yang mampu menenangkan jiwa manusia lain, untuk orang lain dapat ibrah,
sebarkan.
4. العَبَّارَة – Kapal.
Kapal telah membawa dengan selamat manusia
di dalamnya dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Apa yang kisah dalam Quran bawa? Ianya
membawa orang selamat dari perjalanan dunia hingga ke perjalanan di akhirat
nanti.
Kalian dapat sesuatu dari 10 ayat terakhir
Surah Yusuf.?
Mari sama-sama amalkan apa yang Allah
sampaikan kepada kita.
Kemudian rasakan perubahan pada jiwa
sendiri. Hanya yang mengalami dapat merasai apa yang berlaku.
#KisahNabi
#KisahYusuf
#TadabburYusuf
Comments
Post a Comment