Pengajaran
Surah Nuh dan kesabaran ibu bapa dalam mendidik.
قَالَ رَبِّ اِنِّيْ دَعَوْتُ قَوْمِيْ لَيْلًا وَّنَهَارًاۙ
Dia (Nuh)
berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam,
فَلَمْ يَزِدْهُمْ
دُعَاۤءِيْٓ اِلَّا فِرَارًا
tetapi
seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, melainkan mereka (makin) lari (dari
kebenaran).
Kisah panjangnya tempoh masa dakwah Nabi Nuh kepada kaumnya sepatut menjadi
semangat dan motivasi untuk kita mendidik dan berdakwah kepada anak-anak dan
isi rumah kita. Sebelum mendidik anak-anak, kita sendiri perlu mendidik hati.
Sabar
seperti sabarnya Nabi Nuh berhadapan dengan kaumnya yang ingkar dan kufur.
Anak kita tidaklah sejahat kaum nabi Nuh, jadi kita tidak ada alasan untuk
tidak bersabar dengan karenah mereka. Tiada alasan.
Apa alasan yang Nabi Nuh beri kepada Allah untuk berhenti dari berdakwah?
Tiada.
Allah yang beri tanda kepada Nabi Nuh bahawa tiada lagi dari kaumnya itu yang
akan beriman walaupun Nabi Nuh berdakwah. Itu Allah beri tanda.
Kita sudah tentu tidak dapat tanda seperti Nabi Nuh.
Kita belum korbankan hidup untuk berdakwah selama 950 tahun seperti Nabi Nuh.
Apa alasan yang kita ada untuk berhenti dan merungut dalam usaha mendidik anak
anak kita?
Apa pengajarannya?
Allah melihat usaha.
Ada atau tidak orang yang mahu terima dakwah kita, itu belakang kira.
Yang penting, kita tahu Allah tahu apa yang kita usahakan.
Sama ada di depan atau di belakang manusia.
Sama ada yang manusia tahu atau tidak tahu.
Sama ada yang kita sembunyikan niat atau yang manusia tahu niat kita.
Kita tahu Allah tahu apa yang kita usahakan.
Allah tahu
apa yang kita nyata dan sembunyikan.
Buat sahaja.
Lillahi
taala.
Penat, sedih, dukacita semua kita serahkan kepada Allah.
Disebalik kita cuba menjadi manusia resilient dengan setiap ujian dunia, bukan
kita mahu memendam segala emosi, Cuma kita mahu serahkan segala tangisan, air
mat aitu hanya kepada Allah. Kerana ada pahala buat mereka yang redha dan
bersabar dengan ujian.
kerana bagi orang beriman, beruntungnya mereka jika mereka bertaqwa untuk
setiap keadaan.
ketika diberi kesenangan, kemewahan, dia bersyukur dia dapat pahala.
ketika ditimpa susah, kepayahan, tangisan, kesakitan, ujian dalam apa jua
situasi, dia memilih untuk sabar dan kembalikan kepada Allah, dia dapat pahala.
Mendidik anak menjadi manusia bertaqwa tidak mudah.
Ada liku ujian, tangisan, kepenatan, air mata, sakit hati, dalam mendidik
mereka.
Tambah dengan kita perlu menekan hawa nafsu dan syahwat dalam menangani ujian.
Ambillah nilaian Allah dalam setiap urusan kita dalam mendidik mereka.
Setiap saat yang berlaku, ada pahala sedang menanti kita, jika kita memilih
untuk bersabar dan reda dengan apa jua.
#TadabburSurahNuh
#Parenting
Comments
Post a Comment