Proses kehidupan.

 Kita selalu menafikan proses. 
Kita selalu nak cepat. 
Kita selalu tak nak lalui benda yang leceh.



Kenapa? 



Allah mewahyukan Al Quran kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril, mengambil masa 23 tahun.



Bayi di dalam rahim ibu memerlukan tempoh 36 - 40 minggu sebelum bayi benar-benar bersedia untuk hidup di atas dunia.



Dalam Al Quran surat Az-Zumar ayat 6, telah disebutkan bahwa manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahapan :



Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?"









Bayi yang dilahirkan akan mengambil masa bertahun untuk melalui proses perkembangan fizikal dan segala jenis deria dan pancainderanya.



Allah memberi masa 3 tahun iaitu dari anak berusia 7 tahun hingga dia berusia 10 tahun untuk kita ajarkan mereka tentang solat, kesedaran tentang mendirikan solat dan apa saja berkaitan dengan solat sebelum Allah meletakkan tanggungjawab syariat solat kepada si anak, hingga ibu bapa boleh memukul anak jika anak tidak solat . Adakah kita menjalankan amanah Allah sepanjang 3 tahun itu? Adakah kita layak untuk memukul anak ketika dia tidak solat ketika dia sudah berusia 10 tahun, sedangkan kita tak jalankan amanah mengajarkan apa apa tentang solat kepadanya?





Biji benih yang kita letak di dalam tanah, tidak akan tumbuh kukuh akarnya, tidak menjulang ke langit pucuknya tanpa ianya melalui proses.



Maksudnya: "Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh­tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buahan) yang bergugus­gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berubah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman "



(Surah aI-An'am: 99)



Ulat yang memakan dedaun tidak akan menjadi rama-rama yang cantik tanpa melalui proses. Proses yang sukar, dihancurkan , lalu dijadikan bentuk semula.







Semua perkara atas dunia perlu melalui proses.



Apabila berkata tentang proses ia melibatkan tentang usaha dan masa.



Bila kata tentang usaha, ada tenaga yang perlu dikeluarkan.

Bila kata tentang masa, ianya akan lama.





Apa yang akan jadi , jika bayi lahir sebelum dari tempoh yang sepatutnya?



Apa yang akan jadi, kalau kita mengganggu proses percambahan biji benih sebelum sampai waktu dia mengeluarkan buahnya?





Begitulah kita.



Kita perlu melalui proses.

Kehidupan yang kita sedang lalui ini proses.

Ujian yang kita sedang lalui ini juga proses.

Proses penyucian hati.



Allah nak kita kembali pada Dia semula.

Kerana manusia biasanya akan kembali kesedaran ada Tuhan bila dia sedang diuji.



Nampak tak Allah sayang kita?



Dia tak nak kita hanyut lama-lama.



Lalu, kenapa kita selalu tergesa-gesa melalui proses itu?

Tidak sabar mahu melihat hasil?

Tidak sabar mahu berhenti dari melalui proses?

Tidak mahu melalui proses sukar.

Selalu pilih perkara yang instant. Cepat. Mudah. Ringkas.

Lalu akhirnya kita tidak berupaya nak merasai nikmat kesusahan.

 

Comments