Pemuda yang Allah ceritakan dalam Surah Yaasin.

 



Kisah yang Allah rakamkan dalam surah Yassin.
Kisah tentang seorang lelaki yang bukan seorang nabi, bukan juga seorang rasul.
Siapakah lelaki ini?


 


Kisahnya bermula dengan 3 orang rasul diutuskan kepada satu kaum. Tetapi kaum ini menolak dan menafikan ajarn yang dibawa oleh3 rasul ini. Kemudian Allah datangkan manusia keempat iaitu menurut para mufassirun , beliau adalah Habib An Najjar.

Habib si tukang kayu.

Menurut Al Qurtubi, karier Habib An Najar adalah seorang tukang kayu. Beliau mengukir kayu lalu dijadikan berhala. Selama 70 tahun berada dalam kesyirikan bersama kaumnya dan akhirnya memilih Islam, di tangan 3 orang rasul ini.

Apa yang menarik mengenai lelaki ini?

Kisah ini di ceritakan dalam surah Yassin dengan panjang lebar.


Bermula dengan, Wa jaa amin aqsol madinato rojuluy yas’a.
kola kaumittabiur mursalin.


telah datang seorang lelaki dari hujung kota, dalam keadaan tergesa=gesa, ikutlah rasul-rasul itu.

kenapa kena ikut mereka? Mereka tak minta upah pun dari kalian, bahkan mereka diberikan petunjuk.

Hinggalah ke akhir hayat.


Apa yang bagusnya cerita lelaki ini?


1. Kisah seorang yang proaktif membantu agama Allah.
proaktif adalah berlawanan dengan reaktif.
Reaktif adalah orang yang mudah react dengan apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.

Proaktif – adalah manusia yang tidak dibentuk oleh suasana sekeliling, tetapi dia membentuk suasana dirinya sendiri.

Dia tidak terpengaruh dengan cuaca emosi orang, tetapi beliau boleh membentuk cuaca emosi dirinya sendiri.

Proaktif  tidak memberikan alasan.

Kisah Habib An Najjar adalah manusia yang tidak memberi alasan unutk membantu para rasul.


habib An Najjar ada banyak alasan untuk tidak membantu rasul.

1. Beliau ad apenyakit. Terpaksa asingkan diri dari masayarakt. Tetapi beliau membantu para rasul.
2. Jauh dari masayarat. Sebab tu Allah kata, wa jaaa amin aqsol madinah, memang Allah nak tunjuk dia datang dari jauh.
3. Dia sedang bertapa di gua – kenapa aku kena bantu rasul? Rasul kana da Allah. Tetapi beliau tetap membantu para rasul.

Kisah Lelaki ini beri mesej besar kepada kita.

Kita tak boleh goyang kaki, duduk di sejadah harapkan kit amausk syurga.

Do something.

Beliau bergerk dalam keadaan tergesa.

YAs’a.

Ertinya sa’ie
berlari-lari anak. Tergesa.


Dalam Al Quran, Allah rakamkan babak seorang lelaki dari hujung kota berlari tergesa-gesa.
Kenapa?

Dia takut tak sempat nak tolong 3 rasul.
Dia takut kaumnya dah bunuh 3 orang rasul yang Allah utuskan.  
Dia nak selamatkan kaumnya.

Lelaki ini bertindak tanpa fikir pun sejauh mana peranannya boleh mengubah masyarakat.  
Akal logik manusia kita kata, 3 rasul diutus Allah pun kaumnya tak mampu berubah, inikan dia yang bukan rasul pun, sudah pasti takkan boleh bantu.

Tetapi perkara ini tak ada dalam pemikiran lelaki ini.

Dia yakin, Allah tak pandang natijah.
Allah pandang usahanya.

Dia yakin, Allah tak pandang kaum berubah atau tidak.
tetapi Allah pandang sejauh mana usahanya nak ajak kaumnya kepada iman.  
Lelaki ini akhirnya telah syahid. Menurut mufassirun,  dengan keadaan terburai isi perut dan terkeluar tulang belakang.

Inilah juga satu-satunya lelaki yang Allah rakam kata-katanya sebelum dan selepas dia mati.


Kiladkhulidjannah, kolayalaitakaumiyyaklamun.
Apabila tumpah darahnya atas muka bumi, lalu Allah pun berkata,

Qilad khulil jannah.
Kamu masuklah ke syurga.


Kemudian apa kata dia?

Inilah kata-katanya,


“kalaulah kaumku mengetahui..”

Dah masuk syurga pun tetap ingat kaumnya.
Allahu Akbar.

hate the sin, not the sinner.


Boleh rujuk video ini : 
https://www.youtube.com/watch?v=1QOVDhMLTm0

Comments