Palestin dan surah al Isra'

 

Masjidil Aqsa di Akhir Zaman – Pedoman Surah Al Isra’

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


Surah Al Isra’ ayat 7.

Ustaz rujuk buku karya , Sheikh Solah Al Khalidi.

Ayat ketujuh dari Surah Al Isra’ ini sedang berlaku – terus berlaku.

Pada ayat keempat surah yang sama, Allah dah jelaskan tentang Bani Israel ini akan buat kerosakan dua kali atas muka bumi.

Menurut Imam At Tabari,

Kerosakan pertama yang mereka lakukan ialah membunuh Nabi Zakaria. Lalu kerosakan itu dimusnahkan oleh Bukhtanasar.

Kerosakan kedua pula, mereka bunuh Nabi Yahya Ibn Zakaria. Pembunuhan ini menyebabkan Khundus, Raja Babylon memusnahkan Bani Israel buat kali kedua.


Dengan penuh rasa hormat dan adab , Syeikh Solah Al Khalidi mohon untuk berbeza pendapat dengan ulama terdahulu dalam menafsirkan ayat ini.
Katanya, ulama mufassirin dahulu hidup dalam keadaan Islam memerintah dunia. Yahudi pun takut dan taat pada pemerintahan Islam. Tidak sama sekali mereka terfikir akan wujudnya penempatan haram Israel yang semakin kembang dan membiak .

Ini juga bukan pendapat Syeikh Solah sendiri.

Allah dah beritahu juga di dalam kitab Taurat, melalui lisan Nabi Musa bahawa akan adanya perosak di kalangan Israel hingga terzahirnnya kerosakan itu di mata dunia sebanyak dua kali. Dan jenis kerosakan itu dinyatakan di dalam Taurat.

Orang yahudi tahu kerosakan yang akan mereka buat sebelum kita tahu melalui AL Quran.


Pada ayat keempat , fokus pada perkataan “Latufsidunna” dan “ ‘Uluw..”

Latufsidunna bermaksud kerosakkan.

Bani Israel ini akan ada kerosakan dan kesombongan dalam jiwa dan kelompok mereka.

Mereka berhadapan dengan kerosakan dalam setiap aspek dalam kehidupan :


1. Akidah.

2. Agama

3. Akhlak.

4. Harta.

5. Hukum hakam.

6. Pemikiran.

7. Sosial.
8. Pendidikan.
9. POlitik.

10. Seni.

 

Dan,… mereka juga akan menyombongkan diri.

Mereka memperhambakan orang lain untuk kesenangan mereka. Mereka suka menggunakan masalah orang lain untuk kepentingan kelompok mereka.


Ayat kelima pula.

Kita akan nampak bagaimana sikap ini sebenarnya berterusan hingga ke zaman Rasulullah.
Yahudi di Syam berpindah ke Yathrib menunggu kedatangan dan kemunculan Nabi terakhir.

Mereka dengan bongkaknya berkata, “Nabi yang terakhir itu akan berpihak kepada kami..”

Yahudi di Yathrib ini merosakkan system politik dan perniagaan di sana.
Mereka menyebarkan propaganda mereka. Mereka merosakkan sirah sehinggalah muncul kisah kisah Israelliyat. Sistem politik juga dirosakkan, walaupun ada pemimpin, Yahudi lebih mendominasi segala keputusan.



Apabila Rasulullah diangkat menjadi Rasul dan berlakulah hijrah ke Madinah, mereka tidak puas hati.

Dan bermulalah agenda dan konspirasi pembunuhan Rasulullah di Madinah pula.

Yahudi bukan sekadar kaffir, tetapi mereka mahu membunuh Rasulullah juga.

Mereka gunakan sihir dan racun dalam makanan Rasulullah.

Ayat ke-6.

Allah dah jelaskan juga tentang kelebihan yang akan yahudi miliki selepas kewafatan Rasulullah.

Mereka akan dapat harta (Amwal), keturunan (Baniin) dan sokongan dari negara luar (Nafiraa).
tetapi Allah tidak beri kredit kepada mereka, Allah kata “Kami yang beri…”

Kami beri kamu harta.
Kami beri kamu keturunan.
Kami beri kamu sokongan dari negara luar.

Allah nak tunjukkan kepada kita sebenarnya Yahudi tu lemah, mereka jadi kuat sebab Allah yang beri.


Ayat ke-7.


Di sinilah bermulanya motivasi untuk kita.


Pernah tak kita terfikir, kenapa dalam keadaan ayat ayat sebelum ini Allah bercerita tentang kerosakan yang yahudi dah buat, tiba-tiba Allah beri ayat yang ada kelunakan pada bahasaNya.

Kerana, apabila mereka sudah ada harta, keturunan dan sokongan negara luar, mereka akan memerintah dengan kejam tanpa ihsan.

Jadi, perhatikan penggunaan lafaz “In..” pada awal ayat.

Indahnya bahasa AL Quran, lafaz ini bermakna, mustahil dilakukan oleh mereka.
Mereka tidak akan sesekali buat baik.

Dasar pemerintahan mereka itu, bukan sekadar tidak beri ihsan kepada musuh mereka, tetapi dalam kelompok mereka sendiri pun mereka tak beri ihsan.

Lalu ada perkataan “Iza”, yang membawa maksud pasti akan berlaku.

 Pasti akan berlaku apa yang Allah jelaskan selepas ini…. Iaitu..


1. Allah akan memburukkan wajah Yahudi ketika itu.
2. Allah akan izinkan tentera muslimin menakluki Al Aqsa semula. Seperti mana yang telah berlaku kepada pembukaan Baitul Maqdis yang pertama oleh Khalifah Umar Al Khattab.
3. Lalu Allah beri kemampuan tentera Muslimin membinasakan semua binaan gergasi yang dibina di atas tapak masjidil Aqsa. Seperti yang berlaku semasa Fathul Mekkah.



Dan janji yang kedua pada ayat ketujuh ini akan disempurnakan oleh Isa Ibn Maryam.
Dengan pembunuhan Dajjal juga 70 ribu tentera Yahudi Asfahan yang akan mati dengan bau Nabi Isa.


Seluruh military yahudi ini akan bertembung dengan pasukan Islam.

Ianya tidak berlaku secara aman.
Tidak akan ada perdamaian, ianya adalah peperangan besar melawan kebatilan.

Setialah pada janji Allah.
Setialah pada Al Quran.
Lakukan hak Al Quran iaitu tasdiqkan ayat – ayat AL Quran.
Tinggalkan segala kemaksiatan , lalu kita akan beroleh rahmat dan kemenangan.




Comments