Nak mula My Quran Journal?




Aku pernah buat bengkel My Quran Journal ini sebelum PKP. Secara berbayar. 
Kemudian, buat secara online ketika PKP. 


Ketika itu ramai yang mula mendekati Al Quran. Mula nak belajar mendalami al Quran. 
Jadi, di sini aku kongsikan asas kepada nak tulis semua itu, perlu bermula dengan dekati Al Quran itu sendiri. 

Tulis dan jurnal itu nombor dua. 
Yang utama, dekati Al Quran itu dulu. 

Module 1 –  BASIC TO TOUCH MY QURAN JOURNAL

My Quran Journal Lesson plan

Session 1 – How to start.

  • Tahu dan sedar tujuan Allah jadikan kita – sebagai khalifah/ sebagai hamba Allah.
  • Sedar matlamat akhir kita ke mana – Syurga.
  • Apa tindakan kita bila kita dah sedar ke mana hala tuju  akhir kita?
  • Apa tujuan kita buat My Quran Journal – Fokus kepada matlamat akhirat. Dunia sebagai ladang menanam amal.
  • BERSEDIA KE KITA UNTUK PERBAIKI HIDUP DENGAN TEGURAN AL QURAN?

Activities

  • KELUARKAN KERTAS KOSONG.
  • TULISKAN APA BENTUK JURNAL QURAN YANG KITA NAK BUAT.
  • LUKISAN/TULISAN/ PETA MINDA? – Pilih cara yang kita suka.
  • BUKU APA KITA NAK GUNA – A5, A4, A3 – Single line, blank, dotted.
  • STATIONARIES YANG MACAM MANA KITA NAK SEDIAKAN UNTUK MQJ? – Pen, highlighter, sticky note.
  • MUSHAF MANA YANG KITA NAK GUNAKAN- Untuk kita tampal sticky note dan ayat peringatan.
  • TULISKAN WAKTU BILA KITA NAK PERUNTUKAN MASA UNTUK MQJ? Nak jadikan rutin setiap petang? Setiap pagi? Terpulang. 


Wrap-up

  • Perkaitan antara habit kegemaran kita akan menentukan tahap konsisten kita.

 

 

Kesimpulan Siri 1 – Set target awal.

Kita merancang perjalanan jurnal Al Quran kita agar kita tahu arah tuju kita mahu ke mana.
Tanpa perancangan, mungkin jurnal Al Quran kita jadi separuh jalan.
Dan mungkin hilang momentum untuk meneruskan apa yang kita sedang lakukan.

Comments