“Move on
sajalah..”
Tidak semudah yang diucap.
Dan perkataan ini sangat berat untuk survivor hadapi dan terima dari orang yang
dia telah percaya untuk dia ceritakan kisahnya.
Sokongan untuk mereka lalui fasa pemulihan seterusnya.
Kau tak perlu suruh dia move on.
tak perlu.
“Move on” itu seakan garam yang kau curah pada lukanya.
Kejadian itu mengubah kehidupan survivor.
Kalau yang pernah belajar tentang ‘5 stages of grief’ pasti akan lalui pada
peringkat menerima kehilangan dan move on.
Tetapi ia terlalu besar buat survivor gangguan dan penderaan seksual.
Sangat besar kesan dan implikasi kejadian itu dalam hidup mereka.
Tidak semudah hanya dengan menerima kejadian dan trauma itu, lalu mereka boleh
teruskan untuk hidup.
Tidak.
Takkan ada lagi ‘kehidupan yang lalu’ buat mereka.
Kehidupan mereka tidak lagi dalam perspektif yang sama.
Jika kejadian ini berlaku kepada anak kecil, mereka tidak lagi nampak dewasa
sebagai seorang yang akan melindunginya.
Buat seorang ibu bapa punya anak yang menerima gangguan dan penderaan seksual
juga mereka survivor. Mereka tidak lagi melalui kehidupan mereka yang dulu.
Jika kejadian ini berlaku kepada remaja, mereka akan mula mencari identiti
mereka yang hilang dan berlaku pergolakan jiwa dan emosi mereka seiring dengan
pergolakan hormone mereka.
Jika kejadian ini berlaku kepada dewasa, mereka tidak lagi mampu lalui
kehidupan yang lalu.
Apa yang aku dan survivor lain boleh buat?
Aku hanya fikir takkan Allah jadikan segalanya negatif dalam kejadian ini.
Sudah pasti akan ada pelangi-pelangi lain yang Allah munculkan selepas
datangnya ribut taufan dalam kehidupan kami.
Proses penyembuhan dari trauma itu juga membawa maksud aku akan melalui satu
perjalanan baru dengan penuh kekuatan dan semangat.
Objektif kepada proses penyembuhan lebih kepada memandang optimis dalam setiap
keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan.
Apa yang penting, kita perlu acknowledge kita bukan mangsa, kita survivor.
Yang bersalah, yang merogol dan menyeksa, yang mencabul dan berdosa itu pelaku
, bukan kita. Jangan mula salahkan diri sendiri kerana kau akan hanyut dengan
pelbagai lagi pemikiran sebaik sahaja diri kau sendiri sabotage satu-satunya
kekuatan yang kau ada. Iaitu diri kau sendiri.
Yakinlah. Bangkit dan bangun berdiri.
Melangkahlah dengan segala kudrat emosi yang masih bersisa, luka yang masih
berdarah dan air mata yang tak pernah kering.
Masih ada warga komuniti yang menyokong kalian.
Percayalah.
Kalaupun sudah tak ada manusia lagi yang mahu menyokong kalian,
Yakinlah
ada Allah yang menjadikan dan menguruskan kehidupan.
Comments
Post a Comment