MASTERCHEF.
PENAT YANG MANIS.
DUNIA TEMPAT PENAT.
AKHIRAT TEMPAT REHAT.
Sebelum-sebelum ini aku sangat mengikuti siri Masterchef. Tak kisah yang
mana-mana edisi pun. Asia, Australia dan lain-lain versi. Masterchef Junior
paling buat aku kagum. Izzah dan Hafiy paling teruja. Kami tengok sama-sama.
Lama kelamaan semakin jarang dapat tonton Masterchef disebabkan ada kekangan
dan tugasan lain yang perlu dipenuhi. Jadi, malam tadi sewaktu menunggu Isya’
dan aku menyuapkan anak-anak makan, kami buka TV. Kebetulan rancangan
Masterchef sedang ditayangkan. Aku tak ingat Masterchef musim dan episod ke
berapa. Kami tengok saja, melayan mata sambil makan dan ada bahan berbual
dengan suami yang teman aku di sisi.
“Tengok tu, penat dia masak..”
“Secoet je atas pinggan tu..”
“Celah gigi je kalau umi yang makan..”
Yang pasti. Proses sepanjang mereka memasak
itu yang aku ingin perincikan.
Seperti biasa, setiap kali tiba di hujung cabaran, akan ada cabaran
penyingkiran. Siapa yang tidak dapat memenuhi piawaian juri untuk cabaran
penyingkiran akan tersingkir terus pada malam tersebut.
Ada tiga orang yang masuk ke cabaran penyingkiran kali ini.
Zoe , Elena dan aku tak ingat nama lagi seorang tu.
Tapi tak mengapa. Aku memang nak focus pada dua watak ini sahaja. Zoe dan
Elena.
Mereka ada satu persamaan di dalam cabaran penyingkiran malam ini.
Iaitu mereka berdua pertama kali memakai
apron hitam.
Bermakna mereka tidak pernah langsung masuk ke cabaran penyingkiran.
Banyak pencapaian yang Zoe dan Elena telah lalui, tetapi nasib tidak
menyebelahi mereka waktu itu.
Untuk malam penyingkiran ini, mereka perlu tiru satu hidangan dari chef
terkemuka. Bertemakan buat pic.
Zoe dan Elena.
Zoe.
Ketika dia dapat tahu dia perlu tiru hidangan itu, dia sangat teruja. Dia tahu
dia mampu lakukan. Sepanjang tempoh memasak yang memakan masa selama hampir 3
jam itu, semuanya berjalan lancar. Zoe berjaya merancang masanya dengan baik.
Setiap langkah yang tertulis pada kertas resipi dia ikut satu persatu. Tiada
yang tertinggal. Dia tersenyum. Setiap langkah dia cermati betul betul. Dia
tidak mahu terkurang satu bahan hatta terkurang atas timbangan. Semuanya
diambil kira. Dia perlu pastikan hidangan yang dia akan bawa di hadapan juri
menyamai hidangan chef jemputan tadi.
Rotinya menjadi.
Serbatnya menjadi.
Sirap picnya menjadi.
Dia yakin.
Elena.
Dari awal dia bergelut dengan emosi. Dia rasa dia mampu buat resipi itu. Tetapi
di pertengahan jalan, dia bergelut dengan perancangan masa. Dua peserta di
hadapan mejanya sudah buat beberapa langkah ke hadapan, tetapi dia belum
menyiapkan satu pun bahan.
“Kenapa ni?” dia mula bertanya kepada diri
sendiri.
“Resipi ini akan buat aku tersingkir!” satu kata negatif telah masuk ke dalam
fikiran.
Terus membuatkan dirinya hanyut. Dia mula tersalah timbang. Dia mula terlupa
bahan yang dia perlu masukkan. Setiap perincian di atas kertas membuatkan dia
pening.
“Aku perlu masa bertenang…” dia angkat tangan dari meja. Dia berhenti. Dia
berpaling dari peserta menuju ke belakang. Dia menangis.
“Aku kena keluarkan pemikiran negatif tadi. Ianya tak membantu aku untuk
bertenang ketika proses ini..”
Beberapa ketika dia mula mengambil rentak. Dia perlu focus untuk menamatkan
cabaran itu. Berbaki 1 jam terakhir. Dia telah menghabiskan masa 1 jam pertama
dengan tidak menghasilkan apa apa. Kali ini dia perlu segera untuk sampai ke
garisan penamat.
Elena berhadapan dengan bermacam cabaran.
Rotinya belum cukup masak, tetapi dia perlu keluarkan dari ketuhar kerana masa
tidak mencukupi.
Dia potong buah terlalu awal dari masa yang telah diarahkan. Itu mungkin akan
menjejaskan kesegaran buah yang akan dihidangkan. Elena tahu dia tidak cukup
masa, dia perlu siapkan hidangan.
Masa tamat.
Tiba masa untuk membawa hidangan ke hadapan juri.
*****
Aku melihat diri aku sendiri.
Yakin dengan perancangan diri sendiri atas
dunia. Semuanya berjalan teratur. Tiada cacat cela. Hingga lupa ada perkara
yang akan berlaku luar dari kawalan kita. Kita penat berkerja atas dunia. Dan
kita akan semakin penat bila kita faham akhirat kita.
Dunia memang tempat berpenat.
Dan akhiratlah tempat kita berehat.
Comments
Post a Comment