Konsisten menulis Quran Journal

 


Sesi keempat : Konsisten menulis.

Pada topic yang lalu , kita dah sentuh tentang bagaimana untuk memulakan Quran Journal. Pada point terakhir, kita menyentuh tentang point konsisten.

Apa yang dimaksudkan dengan konsisten?
Istiqomah.
Berterusan.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Konsisten setiap orang itu berbeza.
Konsisten juga tidak memerlukan kita berlumba dengan orang lain.
Konsisten sebenarnya memerlukan kita berlumba dengan diri sendiri, sejauh mana kita mampu mengekalkan rutin dan tabiat baru ini.

Beristiqamah dalam sesuatu amalan kebaikan membawa banyak manfaat kepada pelakunya termasuk meningkatkan potensi dirinya dalam sesuatu perkara.

Kita seringkali minta pada Allah untuk diberi panduan jalan yang lurus. 17 kali dalam solat diminta kepada Allah.

Shirathal mustaqim menurut Ibnu Katsir adalah:

  1. Mengikuti jalan nabi
  2. Mengikuti generasi salaf dari para sahabat seperti Abu Bakar dan ‘Umar
  3. Mengikuti kebenaran
  4. Mengikuti Islam
  5. Mengikuti Al-Qur’an

Ibnu Katsir rahimahullah mengungkapkan bahwa semua pengertian di atas itu benar dan semua makna di atas itu saling terkait. Siapa yang mengikuti Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengikuti sahabat sesudahnya yaitu Abu Bakar dan Umar, maka ia telah mengikuti kebenaran. Siapa yang mengikuti kebenaran, berarti ia telah mengikuti Islam. Siapa yang mengikuti Islam, berarti ia telah mengikuti Al-Qur’an (Kitabullah), itulah tali Allah yang kokoh. Itulah semua termasuk ash-shirothol mustaqim (jalan yang lurus). Semua pengertian di atas itu benar saling mendukung satu dan lainnya. Walillahil hamd. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1:213.




Tanda-tanda orang yang beristiqamah sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Usman bin Hasan Asy-Syakir al-Khaubawiyyi di dalam Kitab Durratun Nasihin iaitu seperti sentiasa memelihara solat lima waktu, sentiasa memelihara lisan daripada perkataan jahat, sentiasa menghindari prasangka buruk, tidak menghina sesama saudara, sentiasa bersederhana dalam semua keadaan, sentiasa berinfaq di jalan Allah SWT, sentiasa memelihara pandangan dari maksiat, tidak membanggakan diri dan sentiasa berpegang teguh dengan akidah yang betul. *My Quran Journal tidak sekadar ilmu yang ditulis, tetapi dipraktikkan.

Tahap Istiqomah ada 3 bahagian :
1. Istiqomah hati
2. Istiqomah lisan.
3. Istiqomah perbuatan.

Jika aku  tidak istiqamah pula, aku akan mudah diserang rasa kecewa dan putus asa apabila sesuatu yang diharapkan tidak tercapai.

 

Bagaimana kita boleh istiqamah pada jalan yang lurus?

 

Menurut Syafiq Al-Balji rahimahullah berkata bahwa ada empat cara untuk istiqamah,

Pertama: Tidak meninggalkan perintah Allah karena sedang mengalami musibah.

Kedua: Tidak meninggalkan perintah Allah karena kesibukan dunia.

Ketiga: Tidak mengikuti komentar orang lain dan mengedepankan hawa nafsu sendiri.

Keempat: Beramal sesuai Al-Quran dan Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

(Hilyah Al-Auliya’, 8:17, dinukil dari At-Tadzhib Al-Maudhu’i li Hilyah Al-Auliya’, hlm. 50).

 

Apa proses yang akan dilalui sepanjang proses kita mendekati isi AL Quran?

 

Langkah Pertama, Muraqabah iaitu mengingati Allah SWT dengan cara memikir, merenung dan meneliti kebesaran ciptaanNya.

Langkah Kedua, Muwahadah iaitu iltizam seseorang atas nilai-nilai kebenaran Islam kerana dirinya telah ber’itikad dan berikrar dihadapan Allah SWT.

Langkah Ketiga, Muhasabah iaitu usaha seseorang hamba untuk melakukan perhitungan atas perbuatannya sama ada sebelum, semasa dan sesudah melakukannya.

Langkah Keempat, Mua’qobah iaitu seseorang menghukum terhadap dirinya sendiri di atas kesalahan yang telah dilakukan.

Langkah Kelima, Mujahadah iaitu seseorang berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu dan mengaplikasikan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupannya.

 

Cara-cara memupuk sikap Istiqomah.

Terdapat beberapa faktor lain yang dapat menjana sikap istiqamah dalam beribadat:

Ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut.

Bersahabat dengan orang yang istiqamah

Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah

Mujahadah melawan nafsu

Doa memohon pertolongan Allah SWT

 

 

 

Paling utama : Tidak meninggalkan perintah Allah walaupun sibuk dengan urusan dunia

 

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menceritakan tentang shalat pada suatu hari di mana beliau bersabda,

مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُوراً وَبُرْهَاناً وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلاَ بُرْهَانٌ وَلاَ نَجَاةٌ وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَأُبَىِّ بْنِ خَلَفٍ

Siapa yang menjaga shalat, maka ia akan mendapatkan cahaya, petunjuk, keselamatan pada hari kiamat. Siapa yang tidak menjaganya, maka ia tidak mendapatkan cahaya, petunjuk, dan keselamatan kelak. Nantinya di hari kiamat, ia akan dikumpulkan bersama Qarun, Fir’aun, Haman, dan Ubay bin Khalaf.” (HR. Ahmad, 2:169. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata dalam kitab Ash-Shalah wa Hukmu Taarikihaa (hlm. 37-38) mengenai hadits di atas,

  • Siapa yang sibuk dengan hartanya sehingga melalaikan shalatnya, maka ia akan dikumpulkan bersama Qarun.
  • Siapa yang sibuk dengan kerajaannya sehingga melalaikan shalatnya, maka ia akan dikumpulkan bersama Fir’aun.
  • Siapa yang sibuk dengan kekuasaannya sehingga melalaikan shalat, maka ia akan dikumpulkan bersama Haman (menterinya Fir’aun).
  • Siapa yang sibuk dengan perdagangannya sehingga melalaikan shalat, maka ia akan dikumpulkan bersama Ubay bin Khalaf.

 



Alhamdulillah. 

Moga Allah terus memandu hala tuju dunia kita. 

 

 

Comments