“Kenapa
pentingnya anak rasa dirinya didengari dan diberi perhatian?”
Aku tulis bab ini kerana kesannya sangat dekat pada aku. Aku tulis sebagai
pengajaran kepada pembaca di luar sana yang sentiasa mencari-cari sesuatu untuk
anak mereka.
Selain dari makan, minum , tempat tinggal dan pakaian yang aku sediakan untuk
anak-anak, ada lagi satu bahagian yang aku lupa iaitu perhatian.
Ya. Perhatian.
Aku rasa macam dah berikan perhatian, tetapi rupanya perhatian itu belum cukup
untuk buat anak rasa aku ada bersama mereka.
Pernah tak kita bersama anak, tetapi telefon bimbit masih melekat di tangan?
Jari jemari masih pantas menari-nari di atas skrin telefon tanpa jemu.
Pernah
kita duduk bermain bersama anak, tetapi kepala dan jiwa kita tidak bersama mereka.
Pernah
tak kita bersama anak, tetapi mata melekat pada kerja yang kita sedang buat.
Bukan bermakna kita tak sayang mereka, tapi kita lupa “make connection” dengan
mereka ketika itu.
Semua
tu aku buat suatu ketika dulu.
“Umi! Umi! Tengok ni…” datang si Hafiy bawa ulat gonggok di tangan ke arah aku
yang sedang memasak. Sudah pasti ada momen “Kejap! Kejap! Umi nak habiskan
masak dulu…” ketika itu.
Parental
rejection atau penolakan tanpa sengaja kepada anak ketika anak betul betul
sedang perlukan perhatian kita membuatkan anak membesar dalam keadaan “craving
for attention” . Dia sentiasa perlukan perhatian dari kita, hingga dia tidak
boleh “move on” ke fasa perkembangan diri yang seterusnya. Sepatutnya dia dah
boleh bersosial dengan penuh berani, berkawan dan bergaul berbual, tetapi dalam
mindanya dia takut umi hilang dan tinggalkan dia.
Lama-kelamaan, Hafiy membesar dalam keadaan dia tidak cukup perhatian dari aku.
Sentiasa cari aku walau di mana aku berada, hatta aku berada dekat dengan dia
pun, mata dia tidak lepas dari aku.
Perkara ini aku sedar 1 tahun yang lepas dan Alhamdulillah, Allah mudahkan
jalan bila aku faham kepentingan “bonding, connection and attachment” kita
dengan anak-anak itulah yang sebenarnya banyak membantu kita melalui fasa
seterusnya dalam perkembangan hidup mereka.
Sudah pasti, untuk mendapatkan semula kepercayaan dan membina kepercayaan perlukan proses.
Sehingga sekarang, kami masih dalam fasa “pemulihan” isu membina hubungan.
“Abang takut umi tinggalkan abang lagi..”
“Abang takut umi kerja..”
“Abang takut umi tinggalkan abang..”
Hafiy,
baru 5 tahun.
Mudahan aku berjaya dapatkan kepercayaan dia semula.
“Umi tak pernah tinggalkan Hafiy, umi ada. Umi pergi mana-mana, umi beritahu…”
Tanpa
“bonding” anak dan mak ayah, mereka takkan percaya untuk menceritakan masalah
secara mendalam.
Tanpa “bonding” anak dan mak ayah , mereka takkan berani untuk buka cerita
tentang isu isu sensitif sebagai contoh isu seksualiti dan lain-lain.
Tanpa
“bonding” anak dan mak ayah, banyak perkara yang anak tak dapat berterus terang
ketika mereka membesar dan membuatkan mereka pendam dan menyimpan sendiri
masalah mereka tanpa pengetahuan mak ayah.
Dan lebih teruk, mereka boleh pula nak cerita pada orang lain yang mereka
percaya orang itu boleh bantu mereka.
Semuanya bermula dari kita.
Dari diri mak ayah itu sendiri.
Sejauh mana kita membuka ruang dan peluang untuk anak dekati kita dan membina
hubungan seterusnya membina kepercayaan untuk peringkat seterusnya.
Syukrina Khalil
Penulis buku Matron, Saya Nak Resign.
Berdasarkan kisah benar isu gangguan seksualiti kanak-kanak.
Comments
Post a Comment