Jadikan janji Allah sebagai kekuatan.

 



5 Januari 2023

Jadikan janji Allah sebagai kekuatan.


Kau senang sekali hidup bersama orang di hadapankau itu. Budi namanya. Orang yang tersusun kata-kata, selalu merendah diri, sama seperti namanya. Budi. Pertama kali bertemu dengan Budi ketika kau ditimpa musibah besar dalam hidup. Kau kehilangan keluarga serentak dalam satu malapetaka besar yang menggemparkan seluruh dunia. Kejadian tsunami di Acheh tidak lama dahulu menghilangkan seluruh keluargakau tidak bersisa. Hari keluarga bertemu dengan atok, nenek dan saudara-mara sebelah ayahkau di tepi laut itu berakhir dengan tragedi yang tidak mungkin kau akan lupa.

            “Allah takdirkan kau masih di sini, pasti ada hikmahnya, Rudi.” Bahukau ditepuk beberapa kali oleh Budi. Budi seakan mahu menenangkan galau di hatikau setiap kali berada di bumi Acheh itu.

            “Kau masih ingat pertama kali kita berjumpa?” Budi bertanya kepada kau. Kau mengangguk perlahan. Mana mungkin kau akan lupa. Kau keroyok semua balai pelawat, hospital, masjid, dewan serbaguna, bangsal-bangsal tinggal, rumah-rumah yang masih bersisa mencari keluargakau yang kau harapkan masih bernafas seperti biasa. Kau menangis bagai nak gila. Meraung sekuat tenaga. Kau mahu mencari ayah dan bonda di segenap ruang yang ada. Hingga bahu kau ditenangkan oleh seseorang, itulah Budi. Dia yang pertama menenangkan kau saat kau berada di tahap kegilaan paling bawah.  

            “Allah selamatkan kau ketika kau berada di bumbung masjid itu, Rudi.” Budi bersuara lagi.

            “Sesiapa pun yang terkesan dengan kejadian hari itu, pasti menangis melihat masjid itu utuh berdiri sedangkan sekelilingnya ranap hancur dimamah air tsunami.” Budi terus berenang dalam nostalgia. Kau tahu Budi juga kehilangan keluarganya dalam tragedi itu. Takdirkau dan Budi sama. Perasaan dan kehilangan yang kaurasa turut Budi rasakan juga. Kerana itu kau tak bersuara. Kautahu Budi rasakan benda yang sama.

            “Aku hanya tahu satu perkara, Budi.” Suara kau memecah kolam memori Budi.

            “Apa dia?” Kepala Budi pusing ke kanan, mahu melihat kau yang sedang merenung ke hujung garisan lautan.

            “Allah takdirkan aku jumpa kau, untuk kita saling menguatkan. Lillahi ta’ala, kau sahabat aku Budi. Moga sama-sama kita ke syurga nanti Budi. Aku tak mahu keseorangan melangkah ke syurga.” Kau memeluk Budi erat. Kau tahu Budilah yang telah menarik tangannya dari terjerumus ke lembah hina. Hampir sahaja kauambil nyawa sendiri kerana tidak mampu menghilangkan perasaan dukacita kehilangan keluarga.


       "Satu lagi, nama kita hampir sama." Ketawa kau dan Budi memecah kolam air mata yang masih bersisa. 

 

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Tidaklah beriman seseorang di antara kalian sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari, no. 13 dan Muslim, no. 45; dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu). Juga tercakup hal ini dalam hadits yang semakna dengan hadits ini.




            Pada hari ini, kau berdiri bersama teman. Melangkah ke pintu kenikmatan yang abadi. Dambaan seluruh umat manusia yang memahami hakikat kehidupan di dunia hanya sementara. Pada hari ini kau dan Budi menjadi saksi ke atas janji-janji Allah yang dahulunya kau hanya percaya dan beriman terus atas setiap ayat-ayatnya. Itulah kekuatan kau ketika berada di atas dunia berhadapan dengan setiap ujian dan onak kehidupan.

           

            Al Hasan Al Bashri berkata,

إنَّ أحبَّ عبادِ الله إلى الله الذين يُحببون الله إلى عباده ويُحببون عباد الله إلى الله ، ويسعون في الأرض بالنصيحة

“Sesungguhnya hamba yang dicintai di sisi Allah adalah yang mencintai Allah melalui hamba-Nya dan mencintai hamba Allah kerana Allah. Di muka bumi, dia pun memberi nasihat kepada orang lain.” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 224)

 

Semoga kita boleh saling mencintai karena Allah dan mendapatkan pertolongan-Nya.




Comments

Post a Comment