Dari mana nak mula Jurnal Quran?

 


Sesi ketiga – Dari mana hendak bermula?

Kalau selama ini kita hanya membaca AL Quran tanpa faham isinya, kali ini kita focus untuk upgrade diri kita ke tahap seterusnya.
Kalau selama ini kita hanya membaca AL Quran tanpa tahu apa yang Allah sedang beritahu kita, kali ini kita focus untuk faham isi kandungan Al Quran berbanding mengejarkan kuantiti bacaan kita.

Untuk peringkat seterusnya, biar sedikit ayat Al Quran yang kita mampu faham untuk satu hari, tetapi kita buka Al Quran setiap hari untuk mendalami.

Jadi, dari mana saya hendak bermula?

Ada banyak cara untuk kita bermula.

1. Dengarkan secara random kuliah tafsir Al Quran di mana-mana media yang ada.
Kenapa random? Untuk cari asatizah yang mampu bawa kita faham AL Quran dengan cara yang paling kita mampu faham dan hadam.

Jangan rigid dengan satu asatizah.

Jangan obses dengan satu sumber hingga menafikan sumber yang lain.

Sungguhpun berlainan pendapat, belajar untuk meraikan perbezaan dapatan kajian yang sedang didengar. Selagi mana tidak bercanggah dengan akidah yang benar. Semuanya akan kembali kepada Wallahu A’lam.

2. Cari kuliah berdepan. Face to face dengan asatizah yang ada. *jika ada.

3. Mula belajar untuk mencatat setiap apa yang didengar dari kuliah. Setiap huraian dari petikan ayat AL Quran yang sedang diulas oleh asatizah, di catit dengan penuh hemah. Sikit pun tak apa, janji kita bermula. Sikit pun tak apa, janji kita buat sentiasa.

4. Nak mula dengar dari mana?

- pilih surah kegemaran jika ada. Dan bermula dari situ. Kenapa Surah kegemaran? Ada kaitan dengan perasaan, jiwa dan tahap konsisten.

- pilih dari surah Al Fatihah. Kenapa?

- pilih dari Surah Juz Amma.

- pilih dari Juz pertama.
- ikut ketentuan kuliah ustaz yang kita sering ikuti.

5. Konsisten. Bina time-frame sesuai dengan diri sendiri. Tidak terlalu longgar mudah untuk kita langgar, tidak pula terlalu rigid hingga kita rasa sempit nak melalui perjalanan memahami AL Quran.




Alhamdulillah. 

Saya akan kongsikan tip seterusnya dalam posting akan datang ya. 

Comments