Terbuntang mata kaulihat apa yang ada dalam buku
Sijjin yang baru kauterima. Kausedang berdiri di hadapan Tuhan semesta alam.
Ketakutan yang tidak kunjung padam. Peluh membanjiri tubuh bertakung hingga ke
paras pertengahan hidung. Kausesal dan merayu agar dikembalikan ke dunia. Namun
hanya sia-sia. Tiada satu penyesalan pun yang akan diterima oleh Tuhan pada
hari itu.
كَلّا إِنَّ كِتابَ الفُجّارِ لَفي سِجّينٍ
Sekali-kali jangan
curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam
Sijjin.
Surah Al Mutaffifin : 7
*
* *
Kaumulakan kehidupan seawal pagi dengan mendirikan
solat subuh dan kemudian melangkah masuk ke kedai runcit yang terletak dalam
deretan kedai-kedai lama. Di situlah setiap hari kaucari nafkah
untuk keluarga. Kauperiksa stok jualan pada hari itu. Guni-guni berisi beras,
tepung, kekacang, gula diperiksa satu persatu. Masyarakat di situ tidak terlalu
kaya. Tetapi ada yang terlalu miskin hingga terpaksa berhutang dengan kedai
untuk mengisi perut anak-anak mereka. Orang kampung di situ beri gelaran untukkau,
OKK - ‘Orang Kaya Kampung’
“Dulu masa muda tak nak belajar betul-betul.
Dah beranak-pinak, menyusahkan orang.” Kaubalas kata kepada seorang kenalan
datang kepada kauminta pinjaman sedikit beras. Kausangka
walaupun mulutkau lancang menyakitkan hati, tetapi perangaikau tetap baik,
sentiasa membantu orang lain dalam kesusahan, orang akan sukakau. Tertunduk malu
kenalan yang berdiri di hadapankau, tercongok tidak berganjak sedikit pun walau
kauhina begitu sekali. Kautahu dia terdesak untuk dapatkan sesuap nasi demi
anak-anak di rumah. Maka, dia tidak akan kisah dengan percakapankau yang
mengguris hati.
Matahari sudah meninggi. Beberapa orang kampung mula
kelihatan berkumpul di warung Mat Sengal seberang jalan. Kauperhati sahaja gelagat
mereka. Biasa waktu begitu, kaunampak mereka datang untuk makan tengah hari lalu
berlanjutan hingga ke petang bermain karom dan hisap rokok sambil minum kopi
bancuhan anak dara Mat Sengal, Mila. Kaumasih berdiri di muka pintu kedai. Dari
jauh kelihatan Mila menyeberang jalan. Kausenyum kucing seakan sudah tahu ke
mana hala tuju Mila.
“Ha, bapak kaukirim apa?” Kautegur sebaik sahaja
Mila berjaya melintas jalan dan menaiki beberapa mata tangga depan kedai runcitkau.
“Bapak suruh beli satu kilo gula timbang pak cik.”
Segera kauambil dan membuka beg plastik jernih dan
menuju ke deretan guni yang berada di atas lantai kedai. Kaumasukkan beberapa tin
gula ke dalam plastik tersebut. Plastik jernih itu semakin dipenuhi butiran
putih halus yang manis itu. Kauletak plastik di atas alat penimbang. Jarum penimbang
bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum betul-betul berhenti ke angka melepasi
satu. Kaukeluarkan sedikit gula dan kau terus ikat plastik tersebut.
“Nah, gula. Cukup sekilo.” Kauhulur bunjut gula
tadi kepada Mila.
“Tapi pak cik saya nampak macam tak sampai angka satu
tadi…” Mila mula mempersoalkan berat gula yang kauberi.
“Kaumana tahu? Kaupandai baca alat penimbang aku ni?” Nada
suara kaumula meninggi.
Segera Mila lari keluar dari kedai sebelum amukankau bermula. Mila tahu benar perangaikau yang suka mengherdik dan menghina pelanggan yang
kaurasa tidak berkemampuan untuk membayar apa yang mereka beli. Kausenyum
kering melihat Mila yang melintas jalan dalam keadaan terpaksa menerima hakikat
itu sahajalah kadar gula yang mereka dapat dari kedaikau.
*
* *
Pada hari ini, kautidak lagi mampu melarikan diri
dari balasan akibat perbuatankau mengurangi takaran ketika kaumenjual
kepada pelanggan. Walaupun kautahu perbuatan itu tidak dibenarkan oleh Tuhan,
tetap kaulakukan juga tindakan tersebut. Kausanggup buat perkara sebegini
kerana kautidak ada perasaan malu dan tidak takut akan balasan yang akan kauterima.
Keranakau belum nampak seksaan dan azab Tuhan untuk manusia yang curang dalam
urus niaga, maka kauberani untuk lakukan penipuan dalam urusan perniagaan. Walaupun
takaran yang kaukurangkan itu hanya sedikit - terlalu sedikit hingga orang lain
tak perasan, tetap perbuatankau satu kesalahan. Kautelah mengoyak ketaatan
kepada Tuhan tanpa takutkan kesan dari-Nya.
“Tidak adakah orang yang datang kepada kau membacakan
ayat-ayat petunjuk dari Kami?”
Ketika itu seluruh anggota
tubuhkau menjadi saksi. Kautidak mampu memutar-belit seperti di dunia lagi.
“Ada. Kemudian tuan aku
kata orang bodoh saja yang percaya ayat-ayat tersebut.” Tiba-tiba mulutkau
boleh berkata-kata sendiri.
“Ya. Aku nampak ada
orang datang beri nasihat. Tetapi tuan aku jeling kepada mereka dengan penuh
jijik.” Matakau pula menjawab.
“Ya. Aku dengar nasihat
tersebut. Tetapi tuan aku terus tak nak dengar.” Telingakau pula menjawab.
Perbuatankau itulah yang
menutup hatikau untuk tidak mendapat hidayah dari Tuhan, Raja Sekelian Alam.
كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang
selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.
Surah Al Mutaffifin: 14
Ibnu Jarir, Imam Tirmuzi, Imam
Nasai, dan Ibnu Majah رحمهم الله telah meriwayatkan melalui berbagai jalur dari
Muhammad ibnu Ajlan, dari Al-Qa’qa’ ibnu Hakim, dari Abu Saleh, dari Abu
Hurairah, dari Nabi ﷺ yang telah bersabda:
“إِنَّ
الْعَبْدَ إِذَا أَذْنَبَ ذَنْبًا كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ،
فَإِنْ تَابَ مِنْهَا صُقِلَ قَلْبُهُ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ، فَذَلِكَ قَوْلُ
اللَّهِ: {كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ}
Sesungguhnya
seorang hamba itu apabila melakukan suatu dosa, maka terjadilah noktah hitam di
hatinya; dan apabila dia bertaubat darinya, maka noktah itu lenyap dari hatinya
dan menjadi cemerlang; dan apabila dia menambah dosanya lagi, maka bertambah
pulalah noktahnya. Yang demikian itu disebutkan oleh firman-Nya; “Sekali-kali
tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati
mereka.” (Al-Muthaffifin: 14)
Imam
Tirmuzi mengatakan bahawa hadis ini kalau tidak hasan, sahih.
Baru sekarang kaupercaya. Tidaklah ayat-ayat Allah itu
ada cacatnya. Bahkan kauakui, hatikau itu telah diselaputi karat dengan sebab
perbuatankau sendiri menjauhi hidayah sehingga tidak dapat lagi menerima
kebenaran dari Al Quran.
Baru sekarang kaurayu agar dikembalikan ke dunia semula. Tidak berbaloikau ditimpa
azab ini jika hendak dibandingkan dengan keuntungan yang sedikitkau dapat hasil
kecurangan urus niaga yang kaujalankan. Kausedar, kautelah menggadaikan
kehidupan abadi demi dunia yang sementara. Kaumenyesal. Namun penyesalankau sudah
tidak berguna.
ثُمَّ يُقالُ هٰذَا الَّذي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبونَ
Kemudian, dikatakan
(kepada mereka): “Inilah azab yang dahulu selalu kamu dustakan”.
Surah Al Mutaffifin : 17
Dari meja penulis:
Alhamdulillah. Selesai menulis cabaran hari ketiga di bulan Januari 2023 ini. Terima kasih kepada Cikgu Shima Basri dan juga website PRPM.
Penggunaan POV-2 betul-betul memerlukan aku untuk terus fokus kepada penulisan. Takut tersalah letak perkataan, terus tak jadi POV-2. Penulisan aku juga baru nak cuba-cuba. Ada salah dan silap juga di mana-mana diksi dan penggunaan kata. Tatabahasa apatah lagi.
Kepada pembaca semua, bolehlah turunkan komen ya selepas membaca penulisan. Mudahan dengan kritikan dan komen, dapatlah aku menulis dengan lebih baik lagi.
Hari ini yang aku belajar daripada Cikgu Shima:
Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Cara penulisan yang betul ialah kaubalas dan kauubah.
Syukrina Khalil
.png)
%20(2).png)
Teruskan Syuk
ReplyDelete