Cenderung cinta

 




Cenderung cinta

 

Tabiat hati adalah cenderung mencintai orang yang berbuat baik dan membenci orang yang berbuat jelek. Kaujuga tidak terkecuali. Sudah lama hatikau berdegup kencang saat dia memerhatikau di hujung sana. Namun seringkali perasaan itu kautakut melintasi batas amaran yang ayahkau selalu pesan.

            Setiap hujung mingu, kau selalu ke pasar tani. Membeli sarapan pagi untuk ayah. Di sanalah kau selalu melihat kelibat yang sama. Kelibat yang sejak akhir-akhir ini berjaya mencuri atmakau. Ada ketika kaulihat dia membantu pak cik-pak cik di pasar tani menggkat barang jualan. Ada ketika kaulihat dia mengusung troli pengunjung pasar tani yang terlalu berat untuk diangkat. Kauhantar barangan mereka sampai ke kereta. Kau selalu lihat dia bersama seorang perempuan tua di bawah payung berbelang-belang. Menunggu pengunjung pasar tani datang ke meja jualan. Kau lihat ada pelbagai jenis anak pokok di letakkan di atas jalan tar bersebelah meja. Mungkin perempuan tua itu ibunya, fikirkau.

            “Apabila hati cenderung untuk mencintai, maka bersedialah untuk dikhianati. Kerana hati yang sebelah sana, bukan hak milikkau untuk mengawal apa yang dirasa.”

            Ayahkau seakan mengerti jiwa seorang anak perempuan. Pasti akan tiba satu masa kau akan cuba mencari kasih dan cinta yang lainnya. Kasih selain dari seorang ayah. Kerana ayah takkan pernah ada selamanya. Perasaan itu fitrah, kata ayah. Halakan perasaan itu kepada yang Allah suka, jangan sampai Allah murka, pesan ayah.

            “Mahu jumpa ayah?” Kau terkedu sebaik sahaja ayah kata ada seseorang mahu jumpa ayah lewat petang itu. Ayah hanya mengangguk mengiyakan persoalankau yang mula bergentayangan dalam kepala. Wajahkau mula merona merah.

            “Adakah dia yang kau cerita selama ini kepada ayah?” Ayahkau bertanya.

            Kau hanya mengangguk perlahan mengulum senyuman. Petang itu menjadi terlalu lama untuk kau nantikan kehadirannya di rumah itu. Perbualan ayahkau dan lelaki itu kelihatan serius. Ayah memberi isyarat agar kau masuk ke dalam selepas kau menghidangkan air untuk mereka. Kau akur. Kini kau berada di dapur keseorangan melayan debaran.

            “Kau mahu ke UK?”

            “Kenapa ayah?”

            “Kamu berdua akan duduk di UK selepas bernikah nanti.” Ayah pula mengulum senyum mengusik kau.

            Air jernih terus membasahi pipi. Tak sanggupkau tinggalkan ayah.

            “Kalau terpaksa tinggalkan ayah sendirian, saya tak nak kahwin dengan dia ayah. Tak apa kahwin dan duduk di sini. Ayah tolak lamaran dia ayah. Jangan terima.”

            “Siapa kata kau tinggalkan ayah?” Buntang biji mata kau mendengar jawapan ayah.

            “Dia tak lamar saya?” Kau bertanya bingung.

            “Iya. Dia nak kahwin dengan kamu. Dia juga beri ayah pekerjaan. Dia nak ayah tulis buku untuk dia.”

Ayahkau yang berkerja sebagai penulis bebas membuatkan dia mudah untuk bergerak ke mana-mana. Kali ini, ayahkau dibayar untuk menulis satu kisah benar tentang kehidupan dua orang mangsa tembakan rawak yang kini sedang berjuang untuk hidup dalam keadaan trauma selepas tragedi itu. Mangsa itu adalah suamikau sendiri. Kebetulan suamikau sedang berada di residensi lokasi ‘Plymouth shooting’ berlaku.

“Kita kena bantu bakal suami kamu pulih. Ayah akan teman dan tulis kisah dia di sana. Ayah akan berada di sana juga untuk menjiwai jalan cerita. Dalam masa yang sama, dia boleh teruskan pengajiannya yang tertangguh.”

            Kau berterima kasih kepada Tuhan atas nikmat kasih sayang dan keselamatan yang diberikan kepada suami dan ayahkau sendiri. Hatikau cenderung mencintai dua susuk lelaki dalam hidupnya kini.

           
            “Saya dah maafkan dia. Apabila melihat wajah ayahnya minta maaf di kaca TV, saya terbayang bagaimanakah perasaan dia sebagai ayah? Pasti dia rasa gagal membesarkan anaknya jadi seorang yang baik. Pasti dia tak langsung tak terfikir dia membesarkan anaknya untuk jadi pembunuh.” Suamikau memulakan cerita bersama ayah.

 

            Ayahkau menulis lancar di buku catatannya. Di atas meja, ada pita rakaman sedang ligat berputar merakam setiap ayat yang suamikau ucapkan.

 

Allah Ta’ala berfirman,

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.” (QS. Al-An’am: 164)

Benarlah. Tidak ada seorang pun yang menanggung dosa dan kesilapan yang orang lain lakukan. Begitu baiknya dan rahmatnya Allah kepada umat manusia. 




Comments