Session 2 – Bagaimana Quran Journal
membantu kita focus kepada matlamat akhirat?
Persediaan hati dan diri sendiri
sebelum memulakan Quran Journal.
-
Bersedia
untuk menerima teguran dari Al Quran.
-
Bersedia
untuk diajar oleh Allah melalui Al Quran.
-
Bersedia
untuk perbaiki diri dengan apa yang kita belajar dari Al Quran.
Untuk
siapa kita mula buat Quran Journal?
-
Aku
mula buat Quran Journal Lillahi Taala. Untuk perbaiki diri dan beramal dengan
ayat Al Quran.
-
Tak
kisah kalau sebelum ni kita bermula kerana ikut kawan, bermula kerana kita suka
sebab suka melukis, tak kisah. Yang penting, sepanjang proses kita buat Quran
Journal itu, kita sentiasa perbaiki niat. Sentiasa perbaharui niat.
-
Tak
kisah bagaimana kita bermula, tetapi fokuskan bagaimana kita mahu ia berakhir.
Adakah kita mahu pengakhiran kita dalam keadaan kita buat sesuatu dalam keadaan
riya?
-
Mudahan
Quran Journal yang kita buat ini semakin dekatkan diri kita dengan Allah swt.
Bukan semakin menjauhkan diri kita kepada Allah. Nauzubillah.
Activities
-
tuliskan apa objektif akhir kita
atas dunia?
-
Tuliskan matlamat akhirat kita.
Wrap-up
- Setiap kali buka
Quran Journal, ingat semula, aku buat
ini Lillahi Taala. Aku buat Quran Journal untuk dapat reda Allah. Untuk faham Al Quran. Untuk
semakin dekat dengan Allah. Aku tak nak jadi riya dan ujub. Aku tak nak
buat sesuatu tetapi akhirnya di akhirat nanti hanya tinggal debu, tak beri
kesan langsung kepada berat timbangan amal aku. Praktis lakukan ini setiap
hari, bukan hanya untuk Quran Journal sahaja, perkara lain pun kita boleh
lakukan. Kerana setiap perbuatan yang dilakukan kerana Allah, akan jadi
ibadah dan dapat pahala.
Untuk apa?
Untuk lawan nafsu dan bisikan syaitan.
Sebab dalam usaha kita melangkah selangkah lebih dekat kepada Allah, syaitan dan nafsu kita tetap akan berusaha untuk halang kita dari berjaya melakukannya.
Moga berjumpa lagi di lain masa.
Comments
Post a Comment