Yang perlu
kita baiki, ekonomi ke akhlak.
Nak baiki akhlak dengan duit ke Al Quran?
Ini soalan yang ustaz timbulkan ketika kuliah tadabbur Surah
Al Qalam.
Dalam surah ini Allah tempelak kaum mujrimin dan musyrikin Mekah tentang
pemikiran mereka yang menganggap orang yang kafir dan orang islam ini sama.
Allah tanya, adakah kalian sangka orang yang beriman, yang
solat, yang ikut cakap Allah, yang ikut cakap Rasulullah sama dengan orang yang
mensyirikkan Allah, yang mendustakan rasul?
Allah tanya lagi, kalau kalian percaya fahaman itu, kitab mana yang ada
sebutkan tentang pemikiran macam tu? Tunjukkan. Datangkan bukti.
Allah tanya lagi, kalau betul dakwaan mereka itu, datangkan orang orang yang
awal dari kamu yang ada kepercayaan yang sama macam kamu ni. Buktikan.
Dan mereka tak mampu pun nak jawab. Dan sebagaimana yang
kita tahu kalau Allah tanya dalam Al Quran, Allah tak suruh kita jawab pun,
tetapi untuk tempelak pemikiran kita yang salah itu.
Akhlak kita akan bergantung kepada pemikiran.
Salah pemikiran akan dizahirkan dalam akhlak.
Jika pemikiran kita berlandas kepada sesuatu yang salah, maka akan terbukti
dengan akhlak kita.
Fahaman beginilah yang semakin dan telah berakar umbi dalam diri kita.
Apabila kita tengok orang Islam yang berakhlak mulia, tetapi miskin,di sudut
hati kita rasa kesian kepada dia. Inilah kesalah fahaman tadi.
Kenapa nak kesian kepada orang Islam yang berakhlak mulia? Miskin dan kaya itu
rezeki yang Allah telah tetapkan. Jika empunya diri penuh rasa cukup dengan apa
yang Allah dah beri, miskin di mata manusia itu tidak menjadi sesuatu yang
bermasalah untuk dirinya.
Sepatutnya kesian kepada diri kita.
Dia muslim berakhlak mulia, dalam keadaan miskin begitu sudah pasti dia redha
dan berusaha untuk rasa cukup dengan apa yang Allah dah kurnia untuk dia.
Apabila kita memandang orang bukan Islam dan dia berjaya bebas kewangan katanya,
kita nak ikut jejak langkah mereka yang telah berjaya itu agar kita pun sama
berjaya macam dia. Kita ambil kata-kata motivasi dari yang bukan muslim untuk
ita jadikan panduan hidup. Kita tak tahu asal usul sumber kejayaannya, kita
mengikut sahaja.
Kerana apa?
Pemikiran kita telah dicerapkan kaya dan berjaya di dunia itulah sebenar-benar
kejayaan. Mudah untuk kita kata, “Dunia hanya persinggahan. Akhiratlah tempat
kembali”. Ya. Mudah berkata. Untuk melalui jalan itu hingga berjaya menggapai
syurga, perlu panduan wahyu.
Bagaimana mahu menjayakan misi akhirat itu?
Al Quran sebagai panduan dan teman hidup.
Hatta jika terpaksa mengambil ilmu dari orang yang bukan muslim sekalipun,
Insya Allah kita akan selamat dengan tapisan Al Quran dan hadis. Kita boleh
menilai ilmu yang kita baca dan boleh Analisa berdasarkan ilmu Al Quran yang
kita dapat dari Al Quran.
Apabila belajar isi
Al Quran dan hadis, kita akan mula memandang kehidupan dunia dengan kaca mata
wahyu. Kita mula fikir, ‘Allah redha atau tidak benda yang aku buat ni?”
“Allah suka ke tidak?”
“Ini halal ke tidak?”
“Perkara ni syirik ke tidak”
“Ilmu ni ada tak Rasulullah ajar?”
Tetapi jangan terkejut jika kita dengar,
“Alaa… sikit-sikit Al Quran. Sikit-sikit hadis. Aku bukan ustazah. Aku buka
power agama…” kata seseorang.
Tapi kita muslim kan?
Dalam kad pengenalan islam kan?
Mak ayah islam kan?
Sendiri pun islam kan?
Maka, menjadi tanggungjawab Muslim untuk faham isi kandungan
Al Quran.
Tiada pilihan lain yang kita boleh pilih.
Di akhirat nanti Cuma ada dua lokasi sahaja, Syurga ke Neraka?
Al Quran itulah yang akan membentuk corak pemikiran dan
pembentukan akhlak sepanjang kita berurusan dalam apa apa jua ilmu di dunia.
Apa akan jadi apabila muslim sendiri malu dengan Al Quran?
Di sinilah hilangnya perasaan ‘izzah sebagai seorang Muslim.
Kita tidak rasa ketinggian agama Islam itu sendiri.
Kita rasa malu untuk aplikasi isi konten Al Quran dan hadis
dalam kehidupan.
Sedangkan agama Islam satu-satunya agama yang Allah redha.
Dalam banyak agama di dunia ini, hanya satu agama yang Allah redha iaitu Islam.
Kita masih tak percaya dengan Al Quran sebagai panduan
hidup.
Memang mudah untuk kata Al Quran panduan hidup.
Sukar untuk diaplikasi jika tidak konsisten.
Apa buktinya? Kita masih tidak menarik orang untuk bersama kita. Bukan nak kata
menarik orang lain, tetapi untuk diaplikasi kepada diri sendiri pun susah
sangat.
Untuk membawa al quran dan hadis dalam kehidupan kita pun dah rasa susah,
apatah lagi untuk kita berdakwah kepada rakan-rakan. Ini realiti. Aku rasa
susah sangat. Masih belum terlerai syahwat dan keinginan dunia yang ada dalam
diri aku. Allahu Akbar.
Sedangkan agama lain, berlumba-lumba berdakwah tentang agama mereka kepada
kita. Kerana mereka yakin agama mereka benar. Sedangkan mereka dalam kesesatan
nyata. Mereka begitu yakin dengan kefahaman dan pemikiran yang salah. Kenapa
kita tidak boleh sekuat dan sekukuh keyakinan mereka sedangkan kita ada Allah
dan Al Quran yang menyokong dan menjadi kekuatan kita untuk berdakwah?
Inilah konten surah Al Qalam.
Allah sedang perbaiki pemikiran dan fahaman manusia yang tersalah dalam membuat
keputusan dalam kehidupan.
Sekali lagi ustaz ulang tadi,
Yang perlu kita baiki,
Akhlak atau ekonomi?
Nak baiki akhlak dengan Al Quran.
Belajar isi Al Quran.
Aplikasi isi Al Quran.
Berfikir dengan acuan Al Quran.
Dan, apabila belajar Al Quran tidak dapat lari dari hadis.
Jangan jadi anti hadis.
Jangan jadi Quranist.
Kerana itu dalam syahadah ada dua konten utama.
1. Mengakui tiada tuhan lain selain Allah.
2. Muhammad itu pesuruh Allah.
Apabila belajar Al Quran, kita akan lalui ayat ayat berkaitan akidah dan
tauhid. Larangan mensyirikkan Allah dengan sembahan, dengan dunia, dan segala
harta benda. Larangan mendustakan rasul. Segala berkaitan rukun iman akan kita
jumpa. Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat dan Qada dan Qadar. Inilah
tauhid yang akan membentuk pemikiran yang jelas tentang halatuju akhirat.
Kemudian kita belajar Al Quran lagi mendalam, kita akan lalui pula ayat Al
Quran tentang larangan menghalang orang dari memberi hak kepada orang miskin,memberi
hak orang miskin, jangan makan harta anak yatim, celaka bagi orang yang humazah
dan lumazah dan banyak lagi. Ini pula akhlak yang dizahirkan selepas
terbentuknya pemikiran yang jelas tentang halatuju akhirat tadi.
Orang yang belajar Al Quran, akan faham
ayat ini untuk dirinya. Kita belajar AL Quran bukan untuk menuding salah kepada
orang lain. Tetapi untuk menuding jari
kepada diri sendiri. Apa yang aku belum buat? Apa yang aku dah buat?
Sebab tu orang miskin yang faham agama, faham Al Quran, dia akan sedaya upaya
juga untuk memberi kerana khuatir ada hak orang lain dalam pemberian yang dia
terima. Orang yang berharta akan juga
berusaha untuk memberi kerana dia ada harta, dia sudah ada ilmu tentang Al
Quran, inilah masanya untuk aplikasi dalam kehidupan.
Sekarang nampak tak perkaitan – Al Quran, pemikiran tauhid dan pembentukan
akhlak?
Bukan sekadar menghafaz dan membaca sahaja, tetapi perlu faham dan dalami
isinya untuk dipraktiskan dalam kehidupan.
Moga Allah redha.
Berikut adalah video kompilasi kuliah Surah Al Qalam ada 7 video.
Oleh Ustaz Abdul Muien Abdul Rahman.
1. A1-A9: https://www.youtube.com/watch?v=apNTZqxusJI
2. A10-A14: https://www.youtube.com/watch?v=8IsbsueAut4
3. A15-A28: https://www.youtube.com/watch?v=gHHWVJZuBkc
4. A29-A33: https://www.youtube.com/watch?v=nHJkNCh8B7s
5. A34-A40: https://www.youtube.com/watch?v=cU86SCCsF7Y
6. A41-A44: https://www.youtube.com/watch?v=xjvjOL85TyQ
7. A45-A52: https://www.youtube.com/watch?v=SKJxSLzwYH8
Comments
Post a Comment